awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mereka teruja dengan 'Bossku' terperangkap dalam mentaliti hamba - Tun M

Arfa Yunus
Arfa Yunus
28/02/2019
16:48 MYT
Mereka teruja dengan 'Bossku' terperangkap dalam mentaliti hamba - Tun M
Dr Mahathir menggesa orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan slogan tersebut tanpa memahami asal usul perkataan -bos-. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Mereka yang teruja dengan slogan “Bossku” adalah mereka yang terperangkap dalam mentaliti hamba, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian susulan slogan “Bossku” yang sinonim dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mula tular dan popular di kalangan anak muda.
Dr Mahathir menggesa orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan slogan tersebut tanpa memahami asal usul perkataan “bos”.
“Tahu tak perkataan boss ini datang dari USA (Amerika Syarikat), di mana orang kulit hitam panggil pemilik mereka sebagai boss.
“Jadi bila panggil bossku, itu maknanya kita jadi milik boss. Eh, kita dah merdekalah, takkan nak jadi hamba lagi?” katanya semasa Ceramah Perdana Pakatan Harapan di sini pada Khamis.
Tambahnya, Najib kini kelihatan seperti “tak malu” untuk muncul di khalayak ramai selepas didakwa di mahkamah untuk beberapa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
“Dia betul-betul tak malu, tengok kelakuan dia, tak malu langsung.
“Saya mungkin salah kadang-kadang, tapi saya tak salah bila tolak Najib,” katanya.
Topic Berkaitan
#bekas perdana menteri
#bossku
#Ceramah Perdana Pakatan Harapan
#Dr Mahathir Mohamad
#Malu Apa Bossku
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#terperangkap dalam mentaliti hamba
#teruja dengan slogan bossku
#tuduhan rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan