awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mereka tidak cukup jumlah, hanya ada 105 akuan bersumpah' - Ahmad Zahid

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
22/08/2024
05:51 MYT
'Mereka tidak cukup jumlah, hanya ada 105 akuan bersumpah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Laman Media, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mempunyai 105 akuan bersumpah, tidak cukup untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.
Presiden UMNO itu berkata, Muhyiddin tidak mempunyai akuan bersumpah 115 Ahli Parlimen kerana 10 lagi akuan bersumpah daripada Barisan Nasional (BN) dianggap tidak sah.
Jelasnya, seramai 10 Ahli Parlimen itu tandatangan dokumen untuk BN dan pada masa sama, turut berbuat demikian bagi Perikatan Nasional (PN).
“Setiap calon Parlimen dari BN menandatangani tiga dokumen.
“Satu, menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Pengerusi BN untuk membentuk kerajaan, atau mewujudkan kerajaan campuran atau sebarang tindakan bagi ke arah pembentukan kerajaan.
“Kedua, menandatangani dokumen bahawa kerusi dimenangi itu adalah kerusi kepunyaan parti.
“Dokumen ketiga, jika mereka keluar atau menyokong pihak lain, mereka mesti membayar penalti RM100 juta. Tiga dokumen ini ditandatangani,” katanya.
Jelasnya, semua proses tandatangan itu turut dirakam dan dibuat di depan Pesuruhjaya Sumpah dan tiga peguam.
Justeru, tegasnya, tidak seharusnya wujud spekulasi untuk menafikan situasi sebenarnya.
“Sebenarnya dia tidak cukup jumlah. Jumlah dia tak cukup,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan, Muhyiddin menyerahkan dokumen mengandungi 115 SD ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, pada Rabu.
Akuan Berkanun itu didakwa telah diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022, jam 1.28 tengah hari sebelum tempoh asal ditetapkan tamat dan satu lagi Akuan Berkanun yang diserahkan kepada Istana Negara pada 22 November 2022.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#PAU 2024
#Perikatan Nasional
#Muhyiddin Yassin tidak cukup akuan bersumpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan