KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Prof. Wong Chin Huat berpendapat Ahli Parlimen yang terlibat dalam kes salah laku tidak boleh menyertai Kabinet jika kerajaan benar-benar serius untuk tidak berkompromi dalam isu integriti.
Katanya, jika individu yang berdepan kes mahkamah diturut sertakan dalam pentadbiran, rakyat akan marah dan pembangkang akan menggunakannya sebagai senjata untuk menyerang kerajaan.
“Kalau kemudian kes mereka digugurkan kerana Peguam Negara kita masih belum direformasikan, rakyat akan melihat keadilan itu digadai atas pertimbangan politik - jadi itu tak boleh berlaku.
“Secara terus terang, saya rasa ada empat orang Ahli Parlimen dalam kerajaan campuran ini yang tak boleh jadi ahli Kabinet - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Lim Guan Eng, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Keempat-empat individu tersebut masih menjalani perbicaraan di mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa dan korupsi.
Beberapa penganalisis sebelum ini juga menyatakan perkara sama, walaupun seseorang itu masih tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, tumpuan mereka nanti akan lebih terarah kepada mahkamah dan mustahil untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Secara kolektifnya, kata Chin Huat, jika individu terbabit dan mereka yang tidak mempunyai reputasi bersih dilantik menjadi anggota pentadbiran, kerajaan nanti akan sentiasa dalam posisi defensif lantas tidak dapat berfungsi sepertimana diharapkan.
Israr Khalid
Mon Nov 28 2022

Ahmad Zahid Hamidi, Lim Guan Eng, Syed Saddiq dan Bung Mohktar adalah ahli politik yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah. -Gambar hiasan/Bernama

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.

PM Anwar arah Jemaah Menteri ambil serius teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021
PM Anwar mengarahkan Jemaah Menteri untuk mengambil serius dan meneliti setiap teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021 tentang soal perbelanjaan, ketirisan yang tidak menepati syarat dan peraturan.

Kerajaan teliti keperluan tambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah, Sarawak - Anwar
Kerajaan meneliti keperluan menambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak susulan peningkatan jumlah kes, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.

Pemukiman Jemaah Menteri medan terbaik perkukuh perpaduan anggota kabinet
Pemukiman itu juga perlu dijadikan platform terbaik kepada setiap kementerian dalam memperincikan setiap dasar yang diamalkan.

PM, menteri sertai pemukiman, bincang hala tuju negara
Difahamkan, pemukiman itu akan membincangkan soal hala tuju dan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) setiap kementerian.

Formula baharu Kabinet Sabah perhebat usaha bangunkan negeri - Shahelmey
Gandingan ADUN GRS, BN dan PH dalam jemaah menteri itu juga diharap dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Rombakan kabinet Hajiji dapat restu daripada PM - Jeffrey Kitingan
Jeffrey ketika ditemui berkata beliau turut gembira dengan penglibatan wanita dan ADUN PH dalam kabinet negeri Sabah.

Kabinet Sabah: Pelantikan TKM, menteri bukan wakil UMNO - Bung Moktar
Katanya, mereka hanya mewakili individu untuk kepentingan diri masing-masing tanpa memikirkan masa depan parti secara menyeluruh.

Politik Sabah: Bung Moktar digugurkan dari kabinet
Jawatan Timbalan Ketua Menteri I kini disandang oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Jeffrey Kitingan.