Mesyuarat Exco Terengganu berjalan seperti biasa dipengerusikan Ahmad Razif

Astro Awani
April 27, 2016 03:15 MYT
Ahmad Razif (gambar) tiba di Wisma Darul Iman dengan kenderaan rasminya pada jam 9.25 pagi. -Gambar fail
Di sebalik pelbagai spekulasi mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu, Abdul Razif Abd Rahman meneruskan tugas pentadbiran seperti biasa.
Beliau pagi tadi mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman.
Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir tiba di Wisma Darul Iman dengan kenderaan rasminya pada jam 9.25 pagi.
Mesyuarat turut dihadiri semua barisan Exco negeri.
Beliau yang kelihatan ceria turut menyapa wartawan yang menunggu sejak jam 8.30 pagi.
Mesyuarat bagaimanapun tidak dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda yang mempunyai urusan keluarga.
#Ahmad Razif Abd Rahman #Kerajaan Negeri Terengganu #Mesyuarat mingguan Exco #wisma darul iman