awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
Jerman gesa AS hormat kedaulatan wilayah Greenland
Pengguna telefon bimbit Bangladesh melebihi 187 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Khas MT UMNO esok ditangguh 30 Sept - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
16/09/2022
06:40 MYT
Mesyuarat Khas MT UMNO esok ditangguh 30 Sept - Ahmad Maslan
Mesyuarat Khas itu ditangguhkan berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terbabit dengan acara perasmian Sukan Malaysia (Sukma) malam esok. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan malam esok ditangguhkan dan dijadualkan semula pada 30 Sept ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Mesyuarat Khas MT UMNO itu ditangguhkan berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO terbabit dengan acara perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, malam esok.
"Tarikh baru mesyuarat ialah pada hari Jumaat 30 Sept, 8 malam yang merupakan mesyuarat penuh MT UMNO," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Ahmad menerusi hantaran sama turut memaklumkan bahawa pimpinan UMNO dijemput untuk menghadiri Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional Malaysia yang bermula 2 petang esok, di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Khas
#MT UMNO
#Ahmad Maslan
#ismail sabri yaakob
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan