Mesyuarat MKT bincang tarikh PAU, isu kelulusan RoS

Astro Awani
Ogos 4, 2022 16:10 MYT
Dalam kenyataan yang dimuat naik Ahmad Maslan ke Twitter, PAU akan berlangsung pada 23 hingga 26 November depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi membawa beberapa perbincangan antaranya tarikh Persidangan Agung UMNO (PAU) dan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengenai usul pindaan Perlembagaan UMNO.
Dalam kenyataan yang dimuat naik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ke Twitter, PAU akan berlangsung pada 23 hingga 26 November depan.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
MKT juga memperakukan kelulusan RoS dengan sedikit pindaan terhadap Perlembagaan UMNO yang berkuatkuasa pada 29 Julai lalu, dan merakamkan ucapan terima kasih atas kelulusan tersebut.

Kenyataan media selepas Mesyuarat MKT #UMNO pada malam 4/8/22. Tkasih & salam perjuangan. pic.twitter.com/Vwm84cv4Kk

— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) August 4, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut dibincangkan ialah perkara berkaitan persiapan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
#UMNO #Perhimpunan Agung UMNO 2022 #Zahid Hamidi #Ahmad Maslan