awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak

Fareez Azman, Hasimi Muhamad
Fareez Azman, Hasimi Muhamad
07/12/2020
14:15 MYT
Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak
Zahidi berkata demikian selepas mesyuarat khas MKT selesai malam ini. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad diangkat sebagai calon Menteri Besar Perak yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli MKT UMNO.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak Selasa
BACA: ADUN UMNO secara konsensus namakan Saarani, henti spekulasi - Shahrul Zaman
BACA: Politik Perak: Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak esok - Sumber Istana
“Semua sama (agenda mesyuarat) tidak ada apa...
“Datuk Saarani? (Calon MB). Ya sebulat suara (bersetuju)," katanya ketika ditanya mengenai keputusan mesyuarat berkaitan Saarani akan menjadi calon Menteri Besar Perak yang baharu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas MKT di Menara Onn, di sini pada Isnin malam.
Terdahulu, mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid dijadual menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di Ipoh, esok berhubung kemelut politik negeri itu.
Jawatan Menteri Besar Perak kini kosong selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan Sabtu lepas setelah gagal mendapat sokongan mencukupi dalam usul undi percaya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas.
Topic Berkaitan
#MKT UMNO
#sebulat suara
#setuju
#Saarani Mohamad
#calon
#Menteri Besar
#Perak
#ADUN Kota Tampan
#politik perak
#mkt
#Zahidi Zainul Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan