awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC akan adakan mesyuarat agung luar biasa 29 Mei

Bernama
Bernama
19/05/2016
23:35 MYT
MIC akan adakan mesyuarat agung luar biasa 29 Mei
Dr Subramaniam berharap Perdana Menteri akan mempertimbangkan menambah jumlah menteri dan timbalan menteri daripada parti MIC.
MIC akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 29 Mei ini, yang antara lain untuk mendapatkan persetujuan anggota parti bagi menangguhkan pemilihan parti sehingga Pilihan Raya Umum ke-14.
Presiden parti Datuk Seri Dr S.Subramaniam memberitahu pemberita demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di ibu pejabat parti di sini, pada Khamis.
Menyentuh mengenai penstrukturan semula jemaah menteri, Dr Subramaniam berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan permintaan parti itu untuk menambah jumlah menteri dan timbalan menteri daripada MIC.
Kini, terdapat kekosongan dalam Kabinet berikutan peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan kematian timbalannya Allahyarham Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter pada 5 Mei lepas.
Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak, Dr Subramaniam berkata beliau yakin 80 peratus masyarakat India di kedua-dua kawasan itu akan menyokong calon BN. "Di Sungai Besar, kita mempunyai 820 pengundi India dan di Kuala Kangsar terdapat 2,299 pengundi India. Kita telah mempersiapkan jentera dan mereka akan mengenal pasti semua pengundi ini dalam seminggu," katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya Noriah Kasnon serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun.
Topic Berkaitan
#Dr S.Subramaniam
#EGM
#mesyuarat agung luar biasa
#MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan