awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Kemaman

Bernama
Bernama
22/10/2023
15:15 MYT
MIC bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Kemaman
Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran berkata ia sebagai komitmen parti itu yang menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto BERNAMA
ALOR GAJAH: MIC memberi jaminan akan membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu Disember ini.
Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran berkata ia sebagai komitmen parti itu yang menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Walaupun pengundi India tidak ramai (di Parlimen Kemaman), kita akan bantu (calon) Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Negeri Melaka ke-77 yang turut dihadiri timbalannya Datuk Seri M. Saravanan dan Pengerusi MIC Melaka V.P. Shanmugam.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov.
PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Kemaman
#MIC
#bantu kempen
#calon Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan