POLITIK
MIC pacu transformasi versi 2.0, kreativiti belia jadi kunci relevansi
SA Vigneswaran berkata, generasi muda mahu parti yang mendengar, menghargai idea, dan memberi ruang untuk mereka memimpin. -Foto MIC
SHAH ALAM: MIC sedia melangkah ke versi 2.0, satu transformasi parti yang lebih pantas, lebih tajam, dan lebih celik teknologi, sambil menekankan peranan golongan belia sebagai nadi utama pembaharuan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, generasi muda mahu parti yang mendengar, menghargai idea, dan memberi ruang untuk mereka memimpin.
"Belia kita mahukan parti yang mendengar, menghargai idea, dan memberi ruang untuk mereka memimpin.
"Kita tidak mahu menjadi parti yang terkunci dalam nostalgia, tetapi satu gerakan yang bersedia untuk versi 2.0 iaitu lebih pantas, lebih tajam, lebih celik teknologi," ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-79, di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Vigneswaran menegaskan keberkesanan MIC bergantung kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan cara komunikasi dan medium digital yang digunakan oleh generasi muda, termasuk TikTok, Instagram, YouTube dan platform media sosial lain.
"Jika kita tidak hadir di platform itu, orang lain akan menceritakan kisah kita bagi pihak kita…biasanya dalam bentuk meme.
"Parti yang berjaya adalah parti yang bukan sahaja mendengar tetapi juga memberi ruang kepada belia untuk menggerakkan perubahan, memperkasakan masyarakat, dan memastikan MIC kekal relevan dalam landskap politik moden,” ujarnya.
Justeru, kata beliau, pembaharuan parti bermula dengan golongan belia, yang kini menjadi nadi utama dalam memacu kreativiti, tenaga, dan strategi politik baharu.
Beliau menegaskan, MIC perlu menyesuaikan diri dengan cara komunikasi golongan muda dan bukannya ucapan panjang dengan rujukan sejarah.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- MIC bersedia untuk transformasi parti ke versi 2.0 yang lebih pantas, tajam, dan celik teknologi, dengan menitikberatkan peranan golongan belia sebagai pendorong pembaharuan.
- Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran menekankan bahawa parti perlu mendengar, menghargai idea, dan memberi peluang kepada generasi muda untuk memimpin.
- Keberkesanan MIC akan bergantung kepada keupayaannya menyesuaikan cara komunikasi dengan generasi muda melalui platform digital seperti TikTok, Instagram, dan YouTube, serta memberi ruang kepada belia untuk memacu perubahan politik.
Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, generasi muda mahu parti yang mendengar, menghargai idea, dan memberi ruang untuk mereka memimpin.
"Belia kita mahukan parti yang mendengar, menghargai idea, dan memberi ruang untuk mereka memimpin.
"Kita tidak mahu menjadi parti yang terkunci dalam nostalgia, tetapi satu gerakan yang bersedia untuk versi 2.0 iaitu lebih pantas, lebih tajam, lebih celik teknologi," ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-79, di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Vigneswaran menegaskan keberkesanan MIC bergantung kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan cara komunikasi dan medium digital yang digunakan oleh generasi muda, termasuk TikTok, Instagram, YouTube dan platform media sosial lain.
"Jika kita tidak hadir di platform itu, orang lain akan menceritakan kisah kita bagi pihak kita…biasanya dalam bentuk meme.
"Parti yang berjaya adalah parti yang bukan sahaja mendengar tetapi juga memberi ruang kepada belia untuk menggerakkan perubahan, memperkasakan masyarakat, dan memastikan MIC kekal relevan dalam landskap politik moden,” ujarnya.
Justeru, kata beliau, pembaharuan parti bermula dengan golongan belia, yang kini menjadi nadi utama dalam memacu kreativiti, tenaga, dan strategi politik baharu.
Beliau menegaskan, MIC perlu menyesuaikan diri dengan cara komunikasi golongan muda dan bukannya ucapan panjang dengan rujukan sejarah.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang dimaksudkan oleh Tan Sri SA Vigneswaran dengan transformasi parti ke versi 2.0?
A: Vigneswaran merujuk kepada transformasi parti MIC yang lebih pantas, tajam, dan celik teknologi, dengan menekankan peranan golongan belia sebagai nadi utama pembaharuan. - Q: Mengapakah keberkesanan MIC dikatakan bergantung kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan cara komunikasi dan medium digital yang digunakan oleh generasi muda?
A: Kerana generasi muda menggunakan platform digital seperti TikTok, Instagram, YouTube, dan media sosial lain sebagai saluran komunikasi utama, dan parti perlu hadir di sana untuk memastikan kisahnya disampaikan dengan baik. - Q: Apakah yang ditekankan oleh Vigneswaran mengenai peranan belia dalam pembaharuan parti MIC?
A: Vigneswaran menekankan bahawa belia perlu diberi ruang untuk menggerakkan perubahan, memperkasakan masyarakat, dan memastikan MIC kekal relevan dalam landskap politik moden. - Q: Mengapakah Vigneswaran menekankan bahawa MIC perlu menyesuaikan diri dengan cara komunikasi golongan muda?
A: Bagi memastikan keberkesanan parti, Vigneswaran menekankan bahawa MIC perlu berkomunikasi dengan cara yang relevan kepada golongan muda, tanpa hanya mengandalkan ucapan panjang dengan rujukan sejarah. - Q: Apa yang akan dilakukan MIC untuk memastikan relevan dalam landskap politik moden?
A: MIC akan memberi ruang kepada belia untuk memimpin, menggerakkan perubahan, dan memperkasa masyarakat, serta menyesuaikan diri dengan cara komunikasi dan medium digital yang digunakan oleh generasi muda.