Minta maaf, ia adat orang Melayu - Tun M

Hafiz Marzukhi
Disember 30, 2017 13:36 MYT
Mahathir berkata, permohonan maaf itu dibuat kerana ia mengikut adat orang Melayu. - Astro AWANI/fail
Permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat kerana ia mengikut adat orang Melayu.
"Ia adalah adat orang Melayu... kita minta maaf sekiranya buat salah dan sebagainya.
"Sebagai pemimpin, kita harus merendah diri dan bersedia untuk minta maaf sekiranya ada perkara salah yang kita lakukan," kata Dr Mahathir.
BACA: Tun Mahathir minta maaf atas kesalahan 'masa lalu'
Apabila ditanya apa yang dimaksudkannya dengan memohon maaf bagi segala kesalahan sepanjang beliau berkecimpung dalam politik, Dr Mahathir menjawab dengan ringkas.
"Maksud saya ialah sejak saya mula berpolitiklah. Tahun 1945," jawab beliau ketika sidang media selepas Perhimpunan Agung PPBM yang pertama di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam.
#Mahathir Mohamad #mohon maaf #perhimpunan agung PPBM #politik #PPBM