awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamed Khaled pula sahkan tanding Naib Presiden UMNO

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2018
04:54 MYT
Mohamed Khaled pula sahkan tanding Naib Presiden UMNO
Mohamed Khaled menunjukkan borang penamaan untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini. --fotoBERNAMA
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled nordin mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 30 Jun depan.
Menurut Mohamed Khaled, keputusan menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan tersebut membawa harapan agar ia memberi manfaat dan kebaikan kepada parti di saat kedudukan UMNO pada paras paling rendah.
Katanya langkah itu membolehkan perjuangan UMNO kembali untuk memberikan khidmat kepada orang Melayu serta masyarakat.
Beliau percaya UMNO memerlukan lebih ramai ahli yang boleh tampil ke hadapan untuk membantu memulihkan parti itu.
“Atas sebab itu saya tampil bukan kerana kedudukan dan kuasa tetapi untuk menunjukkan kepada mereka ramai yang ada (pemimpin) dalam umno masih berpegang pada prinsip perjuangan, iaitu yang mahu berkhidmat tanpa memikirkan soal kepentingan sendiri sebaliknya demi agama dan negara pendek kata menawarkan diri semata-mata untuk berkhidmat selari dengan matlamat UMNO,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis tertutup di Pejabat UMNO Pasir Gudang, Johor.
Jelas Mohamed khaled, dia akan membuat satu penerangan bagi menjelaskan bagaimana perubahan perlu berlaku dalam UMNO dan kaedah yang boleh diguna pakai untuk membangunkan semula parti itu.
Katanya, penerangan itu akan dibuat menerusi pendekatan baharu dan bercadang untuk menjelajah ke setiap negeri.
Topic Berkaitan
#harapan
#kalah
#kedudukan
#menang
#Mohamed Khaled Nordin
#Naib Presiden UMNO
#paling rendah
#Pengerusi Perhubungan UMNO Johor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan