awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohamed Nazri mahu lihat pemimpin UMNO miliki disiplin tertentu - Ahmad Shabery

Bernama
Bernama
23/02/2016
14:25 MYT
Mohamed Nazri mahu lihat pemimpin UMNO miliki disiplin tertentu - Ahmad Shabery
AHMAD SHABERY: Peringatan oleh Mohamed Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO bukan sekadar ditujukan kepada Muhyiddin malah kepada semua anggota UMNO.
Kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pandangan ikhlas yang bertujuan melihat pemimpin UMNO mempunyai disiplin tertentu terutamanya mereka yang berjawatan tinggi dalam parti.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata peringatan oleh Mohamed Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO bukan sekadar ditujukan kepada Muhyiddin malah kepada semua anggota UMNO.
"Saya percaya, kita ada kaedah kita. Misalnya kalau ada perbezaan dalam pandangan berpolitik, Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden dan beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (UMNO), jadi beliau boleh suarakannya dalam mesyuarat itu.
"Sepatutnya dihargai satu semangat yang dicapai sewaktu Perhimpunan Agung (UMNO) lepas di mana presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) memilih untuk berjiwa besar dan saling berpelukan serta bersalaman (dengan Muhyiddin). Sebarang perbezaan mesti diselesaikan di dalam (parti) bukan di luar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ahmad Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang meminta Muhyiddin meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.
Terdahulu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meluangkan masa melawat kilang Syarikat Biotropics Malaysia Bhd, satu daripada syarikat peneraju di bawah Produk Herba Bernilai Tinggi, Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) Pertanian, yang melaksanakan kajian klinikal dan praklinikal bagi produk Tongkat Ali.
BACA: Nazri minta Muhyiddin letak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO
BACA: Nazri tegur Muhyiddin jangan cabar kepimpinan tertinggi
Topic Berkaitan
#Kenyataan Nazri terhadap Muhyiddin
#Mohamed Nazri Abd Aziz
#Muhyiddin Yassin
#pemimpin tertinggi
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan