awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Azman memulakan tugas selaku Pesuruhjaya Polis Sarawak

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
18/04/2022
03:20 MYT
Mohd Azman memulakan tugas selaku Pesuruhjaya Polis Sarawak
Mohd Azman (kanan) menggantikan Datuk Aidi Ismail yang berpindah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - Foto Bernama
KUCHING: Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri memulakan tugas selaku Pesuruhjaya Polis Sarawak secara rasmi hari ini.
Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu polis negeri itu telah disaksikan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali di MES Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Sebelum ini tugas tersebut dipangku oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.
Mohd Azman menggantikan Datuk Aidi Ismail yang berpindah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti pada 21 Februari lalu.
Mohd Azman dalam ucapan ringkasnya menzahirkan penghargaan kerana diberi peluang dan tanggungjawab untuk menabur bakti di Bumi Kenyalang.
“Ini (tugas) merupakan penghormatan terbesar kepada diri saya kerana sebelum ini banyak terlibat dalam siasatan jenayah.
“Saya amat mendambakan kerjasama warga PDRM Sarawak untuk terus mengekalkan ketenteraman awam,” katanya yang telah berkhidmat selama 36 tahun dalam polis.
Dalam pada itu majlis serah terima tugas turut melibatkan jawatan Pengerusi Perkep Kontinjen Sarawak di antara Datin Jennita William kepada Datin Nassariah Mohd Nasir yang disaksikan Pengerusi Perkep JKDKA Bukit Aman, Datin Sri Fadziah Abdul Hamid.
Topic Berkaitan
#Mohd Azman Ahmad Sapri
#pesuruhjaya polis
#Aidi Ismail
#Hazani Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan