KUALA LUMPUR: Mana-Mana Ahli Parlimen (MP) yang menukar parti hendaklah meletak jawatan dan kembali kepada rakyat dalam pilihan raya kecil untuk mendapatkan mandat baharu, kata pakar undang-undang Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.
Penyandang Kursi Tunku Abdul Rahman Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya itu berkata pada pandangan peribadinya, ia adalah cadangan yang akan diutarakan beliau jika Ahli Parlimen melompat ke parti lain.
"Mungkin beliau (MP) mempunyai bantahan dari segi moral dan ideologi yang jujur mengenai hala tuju partinya tetapi dalam kes itu, beliau perlu kembali kepada pengundinya dan mengucapkan 'terima kasih kerana mengundi saya sebelum ini, kini saya memakai songkok baharu dan anda perlu percayakan saya sekali lagi mengenai sebab saya keluar parti dan saya minta anda berikan saya mandat baharu.
"Bagaimanapun, cadangan ini memerlukan pemansuhan Perkara 48, Fasal 6 (Perlembagaan Persekutuan) kerana ia menyatakan bahawa jika mana-mana MP meletak jawatan, maka untuk tempoh lima tahun akan datang beliau hilang kelayakan bertanding mana-mana kerusi Parlimen.
"Jadi kita memerlukan pindaan Perlembagaan kepada Perkara 48, Fasal 6 serta Perkara 10," katanya dalam program The Nation bertajuk Undang-Undang Anti Lompat Parti yang disiarkan oleh Bernama TV pada Ahad.
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyentuh mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Menurut Shad Saleem, isu lompat parti bukanlah perkara baharu di negara ini kerana perbuatan berpaling tadah telah menyebabkan kejatuhan kerajaan antaranya di Terengganu seawal tahun 1962, Sarawak (1966), Kelantan (1977) dan Kerajaan Persekutuan dua tahun lepas sehingga menyebabkan ketidakstabilan yang kronik kepada negara.
Beliau berkata berkata terdapat kira-kira 41 daripada 193 negara yang mempunyai undang-undang antipembelotan antaranya India, Singapura serta Israel dan di Malaysia, negeri Sabah, Kelantan dan Pulau Pinang yang telah cuba bereksperimen dengan undang-undang itu.
"Saya telah membaca dengan agak bimbang satu cadangan yang amat ekstrem di Malaysia bahawa menukar kem setengah jalan perlu dijadikan kesalahan pilihan raya di bawah Perkara 48 dan kerusi perlu dikosongkan serta hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun.
"Saya tidak fikir kita perlu membawa undang-undang jenayah ke dalam isu ini," katanya.
Alternatif kedua pula ialah jika seorang MP keluar parti, mengundi menentang parti atau menentang parti dalam isu penting, maka parti boleh memaklumkan Speaker bahawa MP itu bukan lagi ahli parti tersebut.
Shad Saleem juga berkata ini bermakna cadangan sedemikian adalah bertujuan mengukuhkan perpaduan parti yang kemudian menjadi hasrat Perlembagaan namun kelemahannya ialah ia akan memberikan kepimpinan parti terlalu banyak kuasa yang menyebabkan mana-mana ahli parti tidak dapat bersuara atau mencabar pemimpin parti.
"Masalahnya ialah jika parti tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap seorang MP, maka saya dimaklumkan oleh sesetengah pihak bahawa apa yang MP itu boleh lakukan ialah kekal bersama parti secara rasmi namun teruskan mengundi menentangnya sehingga mungkin menyebabkan parti itu tewas atas undi percaya.
"Malangnya, tidak akan ada penyelesaian yang sempurna, seperti dalam kehidupan, jadi dalam isu undang-undang, kita perlu mengambil jalan tengah dan mencapai keputusan yang paling kurang merugikan," katanya.
Satu sidang khas Parlimen untuk membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diadakan esok yang membabitkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan akta baharu bagi melarang MP menukar parti digubal.
Bagaimanapun, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berkaitan Anti Lompat Parti, yang dijadual dibentang, dibahas dan diluluskan pada sidang khas itu telah ditangguhkan kepada satu lagi sidang khas Parlimen yang akan ditentukan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022
Shad Saleem berkata, berkata ia adalah cadangan yang akan diutarakan beliau jika Ahli Parlimen melompat ke parti lain. - Gambar fail
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.