awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MP UMNO bakal tarik sokongan dari PN? Nantikan sidang media Presiden UMNO 6 petang ini

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/08/2021
09:15 MYT
MP UMNO bakal tarik sokongan dari PN? Nantikan sidang media Presiden UMNO 6 petang ini
Apa intipati sidang media Presiden UMNO? Ikuti siaran langsung di Saluran 501, Live TV dan semua platform media sosial Astro AWANI pada 6 petang ini. - Sumber foto UMNO
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan sidang media secara maya sekitar 6 petang ini, berkemungkinan bagi menjelaskan pendirian terkini parti itu tentang landskap politik semasa.
Sidang media itu diadakan susulan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) yang beliau pengerusikan, bermula 4 petang Selasa.
“UMNO Malaysia ingin menjemput rakan-rakan media hadir secara maya di UMNO online Maklumat berkaitan di info grafik; - Tarikh: 3/8/2021 (Selasa), Masa: 6.00 petang (dijangka). Di harap rakan-rakan media sudi menyaksikan secara maya di UMNO Online,” menurut kenyataan itu.
BACA: MKT UMNO bermesyuarat, perhalusi pendirian dan tindakan - Presiden
Sebelum ini, UMNO menetapkan pendirian bahawa parti itu akan menarik sokongan dan tidak akan bekerjasama dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Susulan penangguhan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang sepatutnya tamat pada Isnin, beberapa pemimpin kanan UMNO memutuskan untuk tidak menyokong kepimpinan Muhyiddin, tetapi kekal menyokong kerajaan sedia ada.
Sumber bagaimanapun memaklumkan MKT UMNO bakal membuat keputusan dan memberi arahan kepada kesemua Ahli-ahli Parlimen mereka untuk menarik diri secara rasmi dari terus menyokong Muhyiddin.
Setakat ini hanya seorang Ahli Parlimen UMNO, Barisan Nasional yang mengesahkan sudah menarik diri sejak awal, iaitu Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Ikuti sidang media Presiden UMNO di Saluran 501, Live TV dan semua platform media sosial Astro AWANI pada jam 6 petang ini.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Zahid Hamidi
#Muhyiddin Yassin
#Sidang Media Presiden UMNO
#Barisan Nasional
#Perikatan Nasional
#Tengku Razaleigh Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan