KUALA LUMPUR : Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak perletakan jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini kerana pertuduhan kes rasuah terhadap Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden dan bukannya kapasiti peribadi.
"MPT memohon semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang dalam menghadapi ujian yang besar terhadap presiden dan parti Bersatu dengan fitnah dan kezaliman," jelasnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: Muhyiddin Yassin bukan Najib Razak - Wan Ahmad Fayhsal
BACA: Perhimpunan solidariti Muhyiddin: Penganjur, penyokong akan dipanggil - Polis
Pada Jumaat, Muhyiddin memaklumkan kedudukan beliau sama ada kekal atau tidak sebagai Presiden Bersatu akan ditentukan oleh MPT.
Muhyiddin dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta.
Beliau didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Dalam pada itu, Hamzah turut mengesahkan menerima laporan sayap Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Srikandi Bersatu) dan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang selesai mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) masing-masing.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada sayap baharu Srikandi Muda yang berjaya menganjurkan konvensyen pertama mereka pada hari yang sama.
Nickyson Nyambar
Sat Mar 11 2023

Pertuduhan kes rasuah terhadap Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden dan bukannya kapasiti peribadi. - Foto Bersatu

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Mohd Nor dilantik Speaker DUN Terengganu
Mohd Nor Hamzah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu pada penggal ke-15 hari ini.

Gambar Hamzah bersama Ramasamy cetus pelbagai reaksi warganet
Tindakan Hamzah memuat naik gambar bersama bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy menarik perhatian warganet.

Himpunan Selamatkan Malaysia: Tiga pemimpin hadir ke IPD Dang Wangi
Tiga ahli parti politik hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini untuk membuat laporan polis pada Sabtu.

30 Okt keputusan permohonan Bersatu cabar SPRM berhubung pembekuan akaun
Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Okt keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman kedua Bersatu bagi mencabar keputusan SPRM membekukan dua akaunnya.

PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

Dituduh buat gangguan seksual, Faizal Azumu buat laporan polis
Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan dirinya membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita baru-baru ini.

PRN: Bersatu pecat seorang ahli, dua lagi digantung tiga tahun
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada Rabu lalu.

Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan sertai DAP
Turut menyertai beliau ialah 12 orang penaja cawangan DAP yang akan diwujudkan di Bachok dalam tempoh waktu terdekat.

Lebih ramai bekas pemimpin UMNO akan menyertai Bersatu - Hamzah Zainudin
Bekas-bekas pemimpin itu pernah memegang jawatan tertinggi di peringkat bahagian dan kebangsaan.

Ras Adiba terperanjat Nurulhidayah kongsi 'bisikan' pada umum
Datuk Ras Adiba Radzi berkata, sebagai seorang yang bekerja dan berstatus orang kurang upaya (OKU) beliau perlu terus berusaha untuk bekerja seperti insan lain.