SEREMBAN: Keputusan sama ada UMNO dan Pas akan mengadakan rundingan termasuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata baik buruk rundingan atau pertemuan antara kedua-dua parti tersebut akan dibincangkan sekiranya perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MT UMNO.
"UMNO bukan saya, UMNO adalah parti, jadi parti kena buat keputusan, apa sahaja pandangan saya tidak penting, pandangan parti itu penting. Ia diputuskan dalam satu musyawarah dan badan tertinggi iaitu Majlis Tertinggi," katanya kepada pemberita pada Program Merdeka@Komuniti DUN Paroi 2022 di Dataran Senawang di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa Pas menganggap semua pihak bernaung di bawah gagasan Penyatuan Ummah termasuk UMNO sebagai rakan ta'awun (rakan kerjasama) dalam membina negara baik serta diredai tuhan dan perkara itu diputuskan Jawatankuasa Kerja Pas yang bermesyuarat pada Ahad lepas.
Bagaimanapun, Mohamad mengulangi pendirian bahawa Barisan Nasional (BN) setakat ini memutuskan untuk menghadapi PRU15 secara bersendirian.
Sementara itu, beliau berkata BN ketika ini masih belum menyentuh aspek calon dan kerusi bagi menghadapi PRU15.
"Belum lagi lihat soal itu, (calon dan kerusi) sebab mahu lihat boleh menang, kesiapsiagaan itu faktor utama menang kalah untuk hadapi pilihan raya. Tidak guna kita cakap soal calon... kalau jentera tiada, tidak guna juga, kesiapsiagaan jentera amat penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Mohamad berkata baik buruk rundingan atau pertemuan antara kedua-dua parti tersebut akan dibincangkan sekiranya perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MT UMNO. - Fail/BERNAMA
Sidang Kemuncak ASEAN dijangka bawa pelaburan RM300 bilion
Sidang kemuncak Asean ke-46 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dijangka menjadi pemangkin pelaburan asing ke malaysia, dengan nilai limpahan mencecah lebih RM 300 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
Produktiviti buruh setiap jam meningkat 1.0 peratus pada S1 2025
Produktiviti buruh malaysia bagi setiap jam bekerja mencatat peningkatan 1.0 peratus kepada RM42.50 sejam pada suku pertama 2025, menurut laporan terbaharu jabatan perangkaan Malaysia.
Petronas tetap perlu mohon pemberitahuan pengecualian
Deklarasi persetujuan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berkaitan industri minyak dan gas pada rabu menyaksikan sarawak beri pengecualian lesen pengoperasian aktiviti gas kepada Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di wilayah berkenaan.

SPRM buka 8 kertas siasatan baharu berhubung aset Daim di luar negara
Lapan kertas siasatan baharu dibuka dalam siasatan terhadap bekas menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Tempoh lanjutan perkhidmatan Tengku Maimun akan diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedang mempertimbang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Rapat AMK jadi medium suara, pengisian calon
Rapat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia 2025 menjadi medium suara dan pengisian 72 calon ahli majlis pimpinan AMK pusat yang bertanding dalam Pemilihan Kongres Nasional PKR, di Johor Bahru, pagi Jumaat

Wanita warga emas ditemukan lemas dalam perigi
Pasukan bomba tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
[TERKINI] SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata proses rakaman percakapan itu akan diambil dalam tempoh dua minggu ini kerana individu terbabit kini menetap di Indonesia.

APAD disaran batal lesen syarikat pengangkutan yang bermasalah - JPJ
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) disaran untuk membatalkan lesen pengendali mana-mana syarikat pengangkutan yang gagal memastikan kenderaan mereka selamat untuk beroperasi di atas jalan raya.

SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
SPRM akan memanggil Datuk Jovian Mandagie, bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan bekas perdana menteri berkenaan.

Malaysia perlu rebut segala peluang boleh diterokai di Rusia
Banyak peluang boleh diterokai di Rusia kerana negara itu mempunyai sumber yang pelbagai serta memiliki kekuatan daripada segi teknologi termasuk dalam bidang pertanian dan lain-lain.

79 Tahun UMNO: Terus teguh berjuang demi bangsa dan negara - Tok Mat
Mohamad Hasan menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli parti yang kekal setia dan teguh bersama UMNO.

Rakyat Malaysia di India dan Pakistan dinasihat hubungi kedutaan
Rakyat Malaysia yang berada di India dan Pakistan, khususnya pelajar dinasihatkan supaya menghubungi pihak kedutaan di negara berkenaan.

Menteri Luar Malaysia, Pakistan bincang ketegangan di Asia Selatan
Dar memaklumkan kepada Mohamad mengenai "perkembangan semasa serantau" dan ketegangan dengan India.

Malaysia-China tubuh Majlis Perundingan untuk pantau 31 MoU - Mohamad
Malaysia dan China akan menubuhkan sebuah Majlis Perundingan bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan 31 MoU yang dimeterai Rabu lepas.

PRK Ayer Kuning: BN usaha tawan pengundi atas pagar - Mohamad Hasan
BN akan berusaha menawan sokongan pengundi 'kelabu' atau atas pagar terutama dalam kalangan anak muda pada PRK Ayer Kuning, 26 April ini.

Cadangan kerja dari rumah, PDPR semasa Sidang Kemuncak ASEAN akan dibawa ke Kabinet - Mohamad
Cadangan mengenai kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan akan dibawa ke perhatian Kabinet.

Kunjungan Xi perkukuhkan hubungan dagang dua hala - Mohamad Hasan
Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada minggu depan bakal memperkukuh hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

PRK Ayer Kuning: Jentera BN diingatkan tidak pandang rendah saingan lawan
BN mengingatkan jentera parti berkenaan supaya tidak memandang rendah keupayaan calon parti lawan bagi memastikan kemenangan pada PRK DUN Ayer Kuning.

Malaysia setuju sediakan hospital medan di Myanmar - Mohamad Hasan
Hospital medan ini dilengkapi dengan lebih 30 bahagian, termasuk bilik bedah, X-Ray, dan kemudahan wad dengan lebih 30 katil.