awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muafakat terus didukung, tidak halang saingan secara demokratik di peringkat negeri - Annuar

Bernama
Bernama
27/01/2022
05:16 MYT
Muafakat terus didukung, tidak halang saingan secara demokratik di peringkat negeri - Annuar
Annuar menggesa parti politik Melayu, bumiputera dan Islam terlebih dahulu berusaha memperkukuh muafakat dan kerjasama untuk mampu terus memimpin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan terus mendukung semangat muafakat dan kerjasama dalam kalangan parti gabungan yang membentuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Malah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata dasar kerjasama rentas sempadan kepartian termasuk dengan pembangkang akan terus dilaksana khasnya bagi perkara berkaitan kepentingan rakyat.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Ketereh itu berkata pendekatan seperti tidak menghalang parti-parti gabungan bersaing secara demokratik di peringkat negeri dengan terus memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan.
"Hak dan kebebasan setiap parti gabungan terus dihormati. Inilah 'orde baru' politik masa kini yang lebih matang, lebih luas dan lebih terbuka. Tidak perlu berpatah arang berkerat rotan," katanya dalam catatan di akaun Facebooknya.
Menerusi catatan di akaun Twitternya pula, Annuar menggesa parti politik Melayu, bumiputera dan Islam terlebih dahulu berusaha memperkukuh muafakat dan kerjasama untuk mampu terus memimpin selari dengan apa yang ditunjukkan dalam sejarah perjuangan Islam.
"Malah muafakat dengan pihak lain disusuli setelah kita berpadu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan