Muda kini sah sebuah parti politik

Nickyson Nyambar
Disember 29, 2021 11:18 MYT
Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Muda akan mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) secara rasminya telah mendapat kelulusan daripada Pertubuhan Pendaftaran (RoS) untuk bergerak sebagai sebuah parti politik.
Menurut Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kelulusan itu diberikan sejak 23 Disember yang lalu.
"Kita ada berita gembira, mungkin kita terlepas pandang untuk baca emel semalam, kerana memang sekarang (berada) di Pahang, bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, tapi alhamdulillah akhirnya parti Muda telah didaftarkan secara rasmi.
"Dan kita telah terima emel dari RoS. Kita tidak boleh fokus kepada politik kerana fokus sekarang adalah untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
"Tetapi kita ingin mengambil sedikit masa untuk mengucap syukur kepada mereka yang menyokong kita, rakyat yang banyak membantu kita, alhamdulillah akhirnya kita menjadi parti yang berdaftar dan fokus kami adalah untuk berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa untuk jadikan Malaysia negara yang maju, bermaruah dan berintegriti," katanya dalam satu perkongsian video di media sosial pada Rabu.
Jelas beliau lagi, Muda juga telah menerima surat rasmi pendaftaran sebagai sebuah parti berdaftar pada Selasa.
Ujarnya, Muda akan bergerak sebagai sebuah parti yang berkhidmat kepada rakyat.
Beliau dalam masa sama menyeru orang ramai untuk menyertai parti berkenaan.

MUDA SUDAH LULUS. Birthday MUDA 23 Disember 2021!! Maaf tidak maklumkan lebih awal kerana kita mahu fokus pada misi banjir. Join us now! Semua boleh jadi ahli MUDA - tua, muda, muslim, non muslim! MUDA is a party for ALL & a party for the FUTURE!https://t.co/w3A7X6AOyH pic.twitter.com/ZAPIDEhGif

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membenarkan Muda didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah dalam tempoh 14 hari lepas selain membayar kos guaman sebanyak RM10,000.
#muda #Parti Ikatan Demokratik Malaysia #politik #Parti politik rasmi #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman