awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUDA terdesak kekal relevan, ghairah cipta drama politik - Puteri UMNO

Kenyataan Media
Kenyataan Media
20/08/2025
05:56 MYT
MUDA terdesak kekal relevan, ghairah cipta drama politik -  Puteri UMNO
Nurul Amal menyifatkan tindakan MUDA membuktikan parti itu hanyalah entiti kecil yang terdesak untuk kekal relevan dalam arena politik negara. - FoPuteri UMNO
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menyifatkan tindakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang terus menunggang isu undang-undang dengan mendesak agar kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dibuka semula, membuktikan parti itu hanyalah entiti kecil yang terdesak untuk kekal relevan dalam arena politik negara.

Ringkasan AI
  • Puteri UMNO kecam tindakan MUDA yang mendesak agar kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, dibuka semula, disifatkan sebagai cubaan menunggang isu undang-undang tanpa bukti kukuh.
  • Puteri UMNO kecam tindakan MUDA yang mendesak agar kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, dibuka semula, disifatkan sebagai cubaan menunggang isu undang-undang tanpa bukti kukuh.
  • Nurul Amal tegaskan prinsip kedaulatan undang-undang, menyatakan keputusan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) adalah hak mutlak mahkamah dan perlu dihormati seperti mana sabitan kesalahan.
  • Beliau menyeru generasi muda menolak politik kebencian dan memilih pendekatan progresif serta beragenda membina demi manfaat rakyat dan negara.

Menurut Nurul Amal, selepas menyertai gabungan 12 parti pembangkang, MUDA dilihat semakin ghairah mencipta drama politik baharu semata-mata untuk menarik perhatian media, tanpa mengemukakan sebarang bukti baharu yang kukuh.
“Apa yang mereka lakukan hanyalah cubaan mengitar semula naratif lama dengan niat menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi Kerajaan dan pimpinan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Nurul Amal turut menegaskan bahawa keputusan berhubung pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) adalah hak mutlak mahkamah yang dibuat berdasarkan bukti yang dikemukakan di hadapan hakim.
“Sama seperti kita menghormati keputusan apabila seseorang disabitkan kesalahan, begitu juga kita mesti menghormati keputusan apabila mahkamah memutuskan sebaliknya. Inilah prinsip kedaulatan undang-undang,” ujarnya.
Sehubungan itu, Nurul Amal menyeru agar generasi muda, khususnya pemimpin pelapis negara, bersikap matang dalam berpolitik dan menolak politik kebencian yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat dan negara.
“Malaysia memerlukan politik yang beragenda membina, progresif, dan berpaksikan penyelesaian, bukannya sandiwara politik murahan,” tegasnya.
Semalam, UMNO Johor menggesa MUDA menghentikan tindakan mempolitikkan isu undang-undang dengan mendesak agar kes melibatkan Zahid dibuka semula, kerana ia disifatkan sebagai percubaan menggugat keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman negara.
Kelmarin, MUDA melancarkan kempen menuntut Jabatan Peguam Negara (AGC) membuka semula kes-kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Presiden UMNO itu.
Pemangku presiden parti itu, Amira Aisya Abdul Aziz berkata kempen itu penting kerana rakyat berhak tahu tentang kebenaran.
Topic Berkaitan
#muda
#Ahmad Zahid Hamidi
#UMNO
#Puteri UMNO
#Nurul Amal Mohd Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan