awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MUDA tidak sertai jelajah PN - Amir Hariri

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2024
15:22 MYT
MUDA tidak sertai jelajah PN - Amir Hariri
Amir Hariri turut menjelaskan, tidak ada sebarang persetujuan untuk sertai jelajah PN. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menyertai jelajah Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi sambil menjelaskan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti.
"Ini bukan keputusan parti dan tak pernah dibincangkan. Untuk itu, saya menafikan MUDA akan sertai jelajah PN," katanya menerusi hantaran di laman X pada Sabtu.
Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan gabungan itu sedang merancang untuk mengadakan siri jelajah seluruh negara dengan turun ke setiap negeri bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Muhyiddin dilapor berkata, keputusan menjelajah bersama bekas Presiden Muda itu atas dasar sokongan yang ditunjukkan meskipun tidak menyertai PN.
Dalam pada itu, Amir Hariri turut menjelaskan, tidak ada sebarang persetujuan untuk sertai jelajah PN.
"Harap tidak ada pihak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan mengaitkan MUDA, Ahli Parlimen MUDA atau pimpinan MUDA, mendahului keputusan parti," ujarnya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#muda
#jelajah PN
#Perikatan Nasional
#Amir Hariri Abd Hadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan