awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON 2025: Aksi cemerlang Amad Diallo pastikan Ivory Coast ke suku akhir
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhammad Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini

Bernama
Bernama
17/07/2023
23:00 MYT
Muhammad Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini
Muhammad Sanusi dikatakan menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.
Menerusi semakan sistem mahkamah, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu akan didakwa di dua mahkamah iaitu di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh pada 9 pagi.
Media baru-baru ini melaporkan ucapan Muhammad Sanusi pada satu ceramah politik di Selangor yang dikatakan menghina institusi Diraja Selangor.
Muhammad Sanusi dalam video ucapannya yang tular dikatakan menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.
Susulan itu pelbagai pihak tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu.
BACA: Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok?
BACA: Pas nafi arah ahli turun ke mahkamah sokong Sanusi
Pada 13 Julai, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media khas berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politiknya.
Razarudin berkata siasatan berkaitan 3R itu dibuat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menteri Besar Kedah dihadapkan Mahkamah Selayang
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Mahkamah Sesyen Selayang
#ceramah politik
#hina Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan