Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh berucap pada satu majlis perhimpunan yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur malam ini namun diingatkan agar tidak melampaui batas, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya beliau tidak mengetahui 'desas desus' Muhyiddin akan berucap dalam satu perhimpunan khas di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam ini.
Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata terpulang kepada bekas timbalan perdana menteri itu jika mahu memberi ucapan pada majlis itu.
"Hanya jangan melampaui batas, jika tidak, kami akan mengambil tindakan," katanya kepada media selepas menghadiri 'Program Back to School' di Menara Seri Wilayah di sini hari ini.
Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata kementeriannya telah melaksanakan program pemberian barangan keperluan sekolah termasuk beg sekolah, alatan menulis dan bekas air minuman, sejak tahun lepas.
"Pemberian kepada murid-murid Tahun Satu kali ini melibatkan 3,200 di semua 14 sekolah di kawasan Putrajaya," katanya.
Muhyiddin dijangka berucap dalam satu perhimpunan khas pada jam 8.30 malam Isnin, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini.
Bernama
Mon Dec 07 2015
Muhyiddin dijangka menyampaikan ucapan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru, Kuala Lumpur malam ini. - Gambar fail
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Muhyiddin boleh berucap asalkan tidak melampaui batas - Ku Nan
Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh berucap pada satu majlis perhimpunan yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur malam ini namun diingatkan agar tidak melampaui batas.