POLITIK

Muhyiddin tegas kekalkan perpaduan, kekuatan Bersatu

Kabeer Aziz 02/01/2026 | 04:06 MYT
Muhyiddin menegaskan beliau masih menerajui kepimpinan parti itu dan menyeru seluruh ahli Bersatu agar memperkukuh kerjasama serta menutup ruang perpecahan sempena Tahun Baharu 2026. - Sumber foto Facebook Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih menerajui kepimpinan parti itu dan menyeru seluruh ahli Bersatu agar memperkukuh kerjasama serta menutup ruang perpecahan sempena Tahun Baharu 2026.


Ringkasan AI
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih menerajui kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta menggesa ahli parti untuk memperkukuh kerjasama demi mengelakkan perpecahan pada tahun 2026.
  • Meskipun tidak lagi memimpin Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin menekankan bahawa Bersatu masih setia kepada PN untuk mengekalkan kestabilan politik negara.
  • Beliau menyeru ahli Bersatu agar berdisiplin, menjunjung budaya saling menghormati, dan menyelesaikan perbezaan dengan matang demi menyusun barisan kepimpinan serta memperkukuh parti.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam hantaran di media sosial, Muhyiddin yang tidak lagi memegang jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa semalam, menekankan bahawa walaupun beliau tidak lagi memimpin Perikatan Nasional (PN), Bersatu kekal sebagai rakan yang berprinsip dan setia dalam gabungan PN demi kestabilan politik negara.

“Keutamaan kita adalah memastikan kelangsungan, kekuatan dan masa depan parti.

"Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan tanda kelemahan, tetapi langkah strategik untuk mengukuhkan asas dan menyusun barisan kepimpinan,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya pada Jumaat


Beliau turut menuntut agar ahli Bersatu kekal beristiqamah, berdisiplin, dan menjunjung budaya saling menghormati serta menyelesaikan perbezaan secara berhemah dan matang demi kepentingan parti.

Muhyiddin menutup pesanan dengan mengingatkan bahawa tahun baharu ini wajar dijadikan titik tolak untuk memperkukuh azam dan membina kekuatan parti yang lebih tersusun dan mampan.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pesanan utama yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada ahli Bersatu dalam hantaran di Facebook?
    A: Beliau menegaskan bahawa beliau masih menerajui kepimpinan parti Bersatu dan menyeru ahli untuk memperkukuh kerjasama serta menutup ruang perpecahan.
  • Q: Mengapakah Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan pentingnya ahli Bersatu untuk beristiqamah, berdisiplin, dan menjunjung budaya saling menghormati?
    A: Beliau menekankan perkara ini demi kepentingan parti untuk memastikan kelangsungan, kekuatan, dan masa depan parti yang lebih baik.
  • Q: Apakah yang dimaksudkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau menyatakan "Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan tanda kelemahan, tetapi langkah strategik untuk mengukuhkan asas dan menyusun barisan kepimpinan"?
    A: Beliau menyatakan bahawa langkah tersebut penting untuk mengukuhkan asas parti dan menyusun barisan kepimpinan secara lebih mantap.
  • Q: Apakah yang ditekankan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada ahli Bersatu sebagai titik tolak dalam memperkukuh azam dan membina kekuatan parti?
    A: Beliau menegaskan bahawa tahun baharu perlu dijadikan titik tolak untuk memperkukuh azam dan membina kekuatan parti yang lebih tersusun dan mampan.



#Bersatu #Muhyiddin Yassin #tahun baharu #Perikatan Nasional #elak perpecahan