awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin ucap tahniah kepada Anwar, tegaskan PN akan main peranan semak dan imbang

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2022
06:20 MYT
Muhyiddin ucap tahniah kepada Anwar, tegaskan PN akan main peranan semak dan imbang
Menurut Muhyiddin, PN akan terus membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen. - Fail
KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun itu.
Menerusi status dimuat naik dalam Facebook rasmi beliau, Muhyiddin menegaskan PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen yang diterajui kerajaan Pakatan Harapan (PH). [LAPOR LANGSUNG] Anwar Ibrahim mula tugas sebagai PM ke-10
Menurutnya, PN akan terus membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen.
"Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil," katanya menerusi status ringkas tersebut.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar susulan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Kenyataan ringkas itu dimuat naik melalui akaun laman media sosial miliknya, pada Jumaat.
Anwar, 75, dipilih sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas lima hari kebuntuan politik berhubung Parlimen yang tergantung susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 Nov.
Anwar memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Jumaat dan selepas selesai urusan di pejabat, beliau turut mengadakan sidang media dan menyentuh beberapa perkara berhubung pentadbiran negara.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#PRU15
#PN
#PH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan