awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin zahir sokongan penuh kepada Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2021
13:53 MYT
Muhyiddin zahir sokongan penuh kepada Ismail Sabri
Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri. - Gambar/ Facebook @Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan sokongan penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Dalam perkongsian di laman Facebook malam ini, beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden UMNO itu.
"Saya telah menerima kunjungan YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman saya petang tadi.
"Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
"Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan PN menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.
"Saya mendoakan semoga YAB Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan, " katanya.
[INFO GRAFIK] Profil Datuk Seri Ismail Sabri
Terdahulu, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada pukul 2.30 petang.
Ismail Sabri kemudian menandatangani dokumen-dokumen berkaitan sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebelum istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Yang turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Muhyiddin Yassin
#Bersatu
#sokongan penuh
#Perikatan Nasional
#pelantikan
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan