awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
22/10/2023
05:56 MYT
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Takiyuddin (foto) berkata Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM : Tiada pertandingan jawatan tertinggi dalam Pas menunjukkan bahawa parti itu mengamalkan “demokrasi paling hebat”.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
“Kita telah mengarahkan semua kawasan membuat pencalonan dengan syarat-syarat tertentu, dan pencalonan diterima juga bukan sedikit.
“Tapi akhirnya yang bersedia menyahut seruan untuk dicalonkan dan dipilih adalah sebagaimana disenaraikan.
“Dewan Muslimat tiada pertandingan langsung; Dewan Ulama tiada pertandingan langsung; Dewan Pemuda hanya Jawatankuasa Kerja Pemuda Pusat, daripada 15, untuk dipilih 12 orang.
“Untuk Pas Pusat, 22 untuk dipilih, 18 orang (yang dilantik). Inilah amalan demokrasi yang dilaksanakan sepenuhnya dalam Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69, di Shah Alam pada Ahad.
Turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Takiyuddin Hassan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#PAS
#Muktamar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan