awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muktamar Pas: Kekang naratif Islamofobia guna jenama 'gelombang hijau' - Abdul Hadi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/10/2023
06:21 MYT
Muktamar Pas: Kekang naratif Islamofobia guna jenama 'gelombang hijau' - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-69 di Ideal Convention Centre di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pas mesti mengekang naratif Islamofobia yang menggunakan jenama ‘gelombang hijau’ untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan pihak tertentu terhadap prestasi parti Islam itu termasuk memenangi banyak kerusi dalam pilihan raya dan mentadbir beberapa Kerajaan Negeri.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, namun kejayaan Pas bersama Perikatan Nasional (PN) mentadbir negeri itu dianggap negatif sesetengah pihak kerana Pas beristiqamah berpegang kepada Islam.
Tambah beliau, Pas menerima kerjasama dan persefahaman dengan bukan Islam yang tidak bersifat ekstrem.
"Pas juga tidak melarang dan membuka jalan kepada mereka untuk mengkaji ilmu Islam, membaca al-Quran dan ilmunya dengan panduan dan kawalan.
"Cumanya Al-Quran tidak boleh diterjemahkan dan ditafsirkan sewenang-wenangnya tanpa ilmu yang berkait dengannya, sama ada penganut Islam ataupun bukan Islam yang mengkaji al-Quran. Semuanya diwajibkan mengikuti ilmu dan disiplinnya," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar dan merasmikan Muktamar Tahunan Pas ke-69 di Shah Alam, hari ini.
Jelas beliau, Islam yang menjadi dasar perjuangan Pas telah memberi jaminan keadilan, keamanan serta kesejahteraan hidup untuk semua kaum dan agama di negara ini.
Katanya, Pas berpegang kepada konsep tiada paksaan dalam beragama walaupun Islam berkuasa sepenuhnya.
"Pas melalui pemerintahan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sudah berjaya membuktikan bahawa kebebasan beragama kepada penganut agama lain tidak dihalang, rumah-rumah ibadat tidak dirobohkan dan kegiatan ekonomi tidak disekat.
"Orang bukan Islam hidup aman dan sejahtera di bawah pentadbiran Pas dengan diberikan hak kebebasan beragama dan bermasyarakat," tambah Abdul Hadi.
Sementara itu, beliau berkata Pas juga perlu membuat muhasabah dan perhitungan yang sewajarnya apabila melihat banyak perkara yang negatif dalam perjalanan pengurusan ekonomi negara.
"Masih banyak masalah dan penyakit-penyakit yang tidak dapat diselesaikan, seperti masalah kemiskinan, pengangguran, serta inflasi yang membebankan rakyat.
"Masalah kemiskinan tidak boleh dihapuskan, tetapi boleh diatasi. Islam mempunyai penyelesaian dalam masalah kemiskinan," kata Abdul Hadi.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Muktamar Pas ke-69
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan