POLITIK
Muktamar Pas: Pas berhak beri pandangan, kemuka calon PM - Muhyiddin
Muhyiddin hadir ke Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, pada Isnin. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Pas berhak mengemukakan sebarang pandangan dan mengemukakan nama calon Perdana Menteri yang layak dari parti itu.
Ringkasan AI
Bagaimanapun, beliau menyatakan, sebarang keputusan mengenai itu hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijangka diadakan minggu hadapan.
"Itu terpulang (memandangkan ia usul di Muktamar), baru saya maklum kepada Tan Sri Hadi sebentar tadi, kata bila masa selesai (Muktamar ini) hendak rehat (sekejap), kita tetapkan tarikh yang sesuai (dalam seminggu lagi), dia hadir saya hadir dan lain ahli dapat hadir, cukup korum jadi agenda (calon Perdana Menteri PN) itu, mungkin itulah agenda nak dikemukan.
"Kita biasa (amalkan) sikap yang terbuka, tidak ada nak (wujud) apa-apa masalah, jadi (sebarang perkara atau cadangan) kita bincang, kalau keputusan majoriti dah muktamad itu, siapa (calon Perdana Menteri), kita akan terima," katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Presiden Bersatu mengesahkan bahawa hubungan membabitkan parti itu dan Pas di dalam gabungan PN berada pada tahap yang baik dan rapat.
Keadaan itu juga turut dapat dilihat di peringkat akar umbi yang mana akan membantu kepada gerak kerja dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pada Jumaat, Muktamar Dewan Pemuda Pas sebulat suara meluluskan usul untuk parti itu memimpin gabungan Perikatan Nasional (PN) dan menerajui kepimpinan utama negara.
Ringkasan AI
- Muhyiddin Yassin sahkan Pas berhak kemuka calon PM, namun keputusan muktamad akan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijadual dalam tempoh seminggu.
- PN bersikap terbuka terhadap pandangan semua parti komponen, termasuk cadangan Pas untuk memimpin gabungan dan menampilkan calon Perdana Menteri.
- Mesyuarat akan tentukan calon PM PN bagi PRU16, selepas usul Pas di Muktamar dan resolusi Bersatu yang sebelum ini mencalonkan Muhyiddin.