KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa terdapat beberapa ahli akan dipecat pada mesyuarat parti itu minggu ini.
Menurutnya, tindakan itu bakal diambil susulan ada ahli dan pemimpin parti didakwa begitu lantang mengkritik keputusan kepimpinan untuk bersama Pakatan Harapan (PH) menyertai pilihan raya.
Jelasnya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, dia turut mendengar bahawa namanya antara yang tersenarai dalam mereka yang bakal dipecat.
"Pemimpin pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi.
"Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli UMNO akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai.
"Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya. Perjuangan saya ikhlas kerana agama, bangsa dan tanah air, bukan kerana kepentingan peribadi.
"Manusia boleh singkirkan manusia, namun Allah menentukan kifarahnya,” katanya.
Mengulas lanjut, Isham berkata, beliau juga dikaitkan dengan kenyataan kononnya melarang ahli UMNO mengundi PH atau DAP pada pilihan raya.
“Saya tidak pernah suruh ahli UMNO jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan UMNO. Boleh lihat dalam live saya beberapa bulan lalu di Facebook.
“Yang tulis headline kononnya saya kata jangan undi PH itu adalah satu akhbar Cina. Dan itu tidak betul. Mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan,” tegasnya.
Tegasnya, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah dan kenyataan itu telah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi semasa isu itu timbul.
Faida Rahim
Mon Sep 11 2023

Isham menegaskan, perjuangannya dalam UMNO adalah ikhlas kerana agama, bangsa dan tanah air, bukannya kerana kepentingan peribadi. - Gambar fail/Sinar Harian

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan beri keutamaan selesai isu perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA - PM
Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

'Cari jalan tengah untuk pastikan sistem pendidikan negara terus berkembang'
Ramai yang berpendapat pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menyebabkan berlaku keciciran dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

UMNO tiada kuasa, sekadar ‘penumpang’ dalam Kerajaan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, dengan UMNO mempunyai sekadar 26 kerusi Parlimen, PH yang diterajui Anwar Ibrahim masih mampu memerintah Kerajaan.

PRK Kemaman: Pas perlu menang besar beri isyarat tolak Ahmad Zahid
Mohd Nor menyeru pengundi terutama ahli UMNO supaya mengundi Pas pada PRK kali ini untuk memberi mesej ketidakpuasan hati kepada UMNO.

PRK Kemaman: BN perlu kerja keras tarik semula kepercayaan pengundi tegar - Veteran UMNO
Ia untuk menarik semula kepercayaan penduduk Kemaman yang pernah menjadi pengundi tegar UMNO dan BN sebelum ini.

'Ada pemimpin yang saya boleh sokong, jika dia pulihkan negara' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, lazimnya beliau akan memberikan masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk melihat apa yang boleh dilakukan oleh individu yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ahli UMNO jangan rasa selesa di sebalik sokongan 4 MP Bersatu kepada PM - Zahid
Pemimpin dan akar umbi UMNO di kawasan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya berasa selesa.

UMNO tidak terlibat tarik sokongan Ahli Parlimen PN - Ahmad Maslan
UMNO tidak terlibat sama sekali menarik sokongan dua ahli Parlimen daripada PN untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jawatan Timbalan Presiden Amanah ditentukan Disember ini - Mahfuz
Mahfuz berkata setakat ini parti itu baru sahaja memulakan mesyuarat dan masih belum menerima senarai calon.

Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.

UMNO terus pertahan falsafah perjuangan demi agama, bangsa dan negara - Ahmad Zahid
UMNO akan terus mempertahankan falsafah perjuangannya demi agama, bangsa dan negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.