[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
POLITICS

Musa Aman belum letak jawatan, masih bermesyuarat di PPNS

Astro Awani 12/05/2018 | 06:08 MYT
Musa Aman hari ini sedang mengadakan mesyuarat tertutup di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini sedang mengadakan mesyuarat tertutup di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Difahamkan turut bersama Musa dalam mesyuarat tertutup itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Peguam Besar Negeri Zaleha Rose Pandin.
Terdahulu, pada pukul 10 pagi, Musa dan rombongan dikatakan memasuki Istana Negeri Sabah.
Beliau dikatakan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin kira-kira setengah jam.
Para pengamal media yang mahu membuat liputan di kediaman rasmi Musa di Sri Gaya, Kota Kinabalu terpaksa berkampung di luar dan tidak dibenarkan masuk termasuk Astro AWANI.
Hanya pengamal media daripada agensi RTM dan Bernama sahaja dibenarkan masuk.
#Istana Negeri #Ketua Menteri Sabah #mesyuarat tertutup #Musa Aman #Peguam Besar #Pilihan Malaysia #setiausaha kerajaan negeri #Sukarti Wakiman #Tun Juhar Mahiruddin