Musa Aman tampil bukti dapat sokongan 33 ADUN

Harits Asyraf Hasnan
Julai 30, 2020 11:19 MYT
Musa berkata, akuan bersumpah kesemua 33 ADUN tersebut telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin. - Foto BERNAMA
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tampil dengan foto bersama 32 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memberi sokongan kepada beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.
ADUN Sungai Sibuga itu memuat naik foto menunjukkan setiap mereka memegang kertas yang memaparkan nombor 1 hingga 33.
Menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook beliau, Musa berkata, akuan bersumpah kesemua 33 ADUN tersebut telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
Beliau menegaskan, Juhar mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan untuk memberi pertimbangan yang wajar sama ada beliau mempunyai majoriti yang diperlukan untuk menubuhkan sesuatu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.
"Saya mengulangi sekali lagi dan menegaskan bahawa saya mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan saya berharap bahawa satu keputusan akan diambil secara bijak dan wajar oleh Tuan Yang Terutama untuk melantik saya sebagai Ketua Menteri baru dan memberi peluang untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi rakyat Negeri Sabah.
Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=3492658044101510&id=118554321511916"><
"Tetapi, sekiranya benar Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, saya dengan suci hati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihan raya yang akan datang untuk memberi rakyat Negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat Negeri ini," katanya.
Sehingga lewat petang tadi, beliau dilaporkan masih tidak dibenarkan memasuki Istana Negeri untuk berjumpa Juhar.
BACA: Rombongan Musa Aman 'disekat' di luar pintu Istana Negeri
BACA: Musa Aman tolak keputusan bubar DUN kerana bahayakan nyawa rakyat Sabah
#ADUN #ADUN Sabah #Bubar Sabah #Facebook #Ketua Menteri #Musa Aman #Politik Sabah