PUTRAJAYA: Selepas empat tahun dibatalkan pendaftaran, Parti Progresif Penduduk (myPPP) kini sah di bawah kepimpinan Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz selepas Kementerian Dalam Negeri KDN) hari ini meluluskan rayuan pembatalan pendaftaran parti itu.
Berikutan konflik dalaman berpanjangan dalam parti itu antara puak Maglin dan Tan Sri M. Kayveas, myPPP dibatalkan pendaftarannya pada 14 Jan 2019.
Presiden baharu myPPP, Maglin, dalam kenyataan hari ini, berkata perkara itu dimaklumkan oleh KDN menerusi satu surat pemberitahuan mengenai keputusan rayuan myPPP bertarikh 11 April 2023 yang memaklumkan rayuan parti itu diluluskan.
KDN melalui surat itu turut mengesahkan keabsahan senarai Ali Majlis Tertinggi myPPP di bawah kepimpinan Maglin yang dipilih sebagai presiden parti semasa Perhimpunan Agung Tahunan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 19 Mac lalu.
"Perkembangan terbaru in menandakan berakhirnya kemelut kepimpinan yang melanda myPPP yang telah berlarutan sejak hampir lima tahun lalu," kata Maglin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Berikutan konflik dalaman berpanjangan dalam parti itu antara puak Maglin dan M. Kayveas, myPPP dibatalkan pendaftarannya pada 14 Jan 2019. - BERNAMA
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Polis Jerman rampas 4 Bugatti Veyron
Jerman merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan media Jerman.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Loga Bala Pemangku Presiden MyPPP, berikutan kematian Maglin
Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan akan memegang jawatan Pemangku Presiden parti itu berikutan kematian Presidennya Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz semalam.
Presiden MyPPP Maglin meninggal dunia tengah malam tadi
Perkara itu disahkan Naib Presiden Kanan MyPPP Datuk Loga Bala Mohan ketika dihubungi Bernama pagi ini.
PRU15: Bertanding di Ipoh, Kayveas harap kebangkitan semula MyPPP
Kayveas menegaskan MyPPP bermula di Ipoh dan dengan kembali ke kawasan tersebut, beliau berharap parti itu mampu bangkit semula selepas ini.
Rayuan pembatalan MyPPP, Muhyiddin serah kepada RoS buat keputusan
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk membuat keputusan berhubung rayuan pembatalan MyPPP.
Kayveas tarik diri PRK Cameron Highlands
Kayveas berkata beliau sebaliknya akan memberi sokongan penuh kepada calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran.
Kayveas akan bertanding di PRK Cameron Highlands
Keputusan yang diambil MyPPP merupakan yang pertama selepas mereka keluar dari Barisan Nasional (BN).
MyPPP kekal parti bebas, tidak sertai PH - Kayveas
Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) kekal dengan pendirian sebagai parti bebas dan tidak merancang untuk menyertai kerajaan PH.
25 cawangan MyPPP Buntong tidak puas hati pemecatan Kayveas
Mereka menyifatkan pemecatan Kayveas sebagai tidak adil dan bertentangan dengan perlembagaan parti.
'Kayveas dipecat oleh Lembaga Displin MyPPP'
Mohan berkata, keputusan itu diterima sebulat suara oleh Ahli Majlis Tertinggi parti yang bersidang semalam.
Adakah Pahang masih lagi kubu kuat Barisan Nasional?
Namun persoalannya pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) ini, adakah BN masih lagi boleh menganggap Pahang sebagai salah satu kubu kuatnya apabila pembangkang mensasarkan kerusi marginal?