awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NACSA belum terima permintaan penggunaan MySejahtera

Bernama
Bernama
12/09/2020
11:19 MYT
NACSA belum terima permintaan penggunaan MySejahtera
Dengan penggunaan aplikasi tersebut, kontak antara manusia dapat dikurangkan. -Bernama
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) masih belum menerima sebarang permintaan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyediakan aplikasi MySejahtera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 26 Sept ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Shah Nuri Md Zain berkata pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, aplikasi MySejahtera digunakan sebagai bantuan teknikal sistem pendaftaran pengundi sebagai pengganti kepada kaedah konvensional sebelum ini.
"Kita akan letakkan kod MySejahtera secara berjarak untuk pengundi membuat imbasan... supaya melicinkan perjalanan pendaftaran, itu sahaja. Kalau tidak, sebelum ini pendaftaran pengundi dijalankan secara bertulis.
"Kita akan hadir bantu di PRN Sabah berdasarkan permintaan daripada SPR. Sekurang-kurangnya pengundi tidak perlu bersesak-sesak ketika membuat pendaftaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Pameran dan Persidangan Dunia: Hospitaliti, Gaya Hidup dan Hiburan (WHOLE) Pulau Pinang 2020 di sini hari ini yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Mohd Shah Nuri berkata dengan penggunaan aplikasi tersebut, kontak antara manusia dapat dikurangkan. Sehingga kini, MySejahtera telah mengesan 322 individu yang disahkan positif COVID-19, tidak termasuk kontak rapat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#NACSA
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PRN
#PRN Sabah
#Sabah
#Sabah Memilih
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan