Naib Ketua Wanita UMNO dilantik Pengerusi PTPTN baharu

Sinar Harian
Mei 11, 2023 11:35 MYT
Norliza diharap dapat menerajui PTPTN dalam memperkasa fungsi dan peranannya bagi mengurus pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pendidikan tinggi dengan strategik. - Gambar/ Sinar Harian
PUTRAJAYA: Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dengan pelantikan itu, Norliza diharap dapat menerajui PTPTN dalam memperkasa fungsi dan peranannya bagi mengurus pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pendidikan tinggi dengan strategik.
"Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah, pengurusan harta dan dasar perumahan awam merangkumi sektor kerajaan serta swasta.
"Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Norliza yang sebelum ini, Pengerusi di UDA Holdings Berhad (UDA) memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan), Sarjana Muda Perancangan Kewangan Lanjutan dan Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan). - Sinar Harian
#Pengerusi PTPTN #Norliza Abdul Rahim #Naib Ketua Wanita UMNO #PTPTN