KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh peguam mewakili Datuk Seri Najib Razak, sama ada anak guamnya itu boleh menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, atau sebaliknya.
Ia selepas Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa perkara itu penting kerana bekas Perdana Menteri itu, mempunyai hak mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
"We don't treat joke. (Kami tidak melayan jenaka) (berhubung persoalan dibangkitkan peguam Najib).
"Saya rasa kita perlu berlaku adil kepada semua orang," katanya ringkas dalam sidang akhbar selepas menerima taklimat bencana seluruh negara di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Najib, yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Memetik laporan Bernama, Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 19 Oktober depan untuk mendengar permohonan Najib bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang tidak membenarkan permohonannya untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas sebutan kes itu hari ini yang dihadiri Peguam Persekutuan M. Kogilambigai, yang bertindak bagi pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) manakala Muhammad Shafee, mewakili Najib.
Kogilambigai memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk mengkaji permohonan bekas perdana menteri itu bagi kebenaran semakan kehakiman.
Begitu pun, Muhammad Shafee berkara perkara itu amat mendesak kerana terdapat isu perundangan yang serius yang akan ditentukan oleh mahkamah, termasuk sama ada Najib boleh dicalonkan dan hadir di pusat penamaan calon di mana beliau akan bertanding
"Saya cadangkan agar permohonan itu didengar pada Jumaat ini (14 Oktober ini)," katanya.
Pada 5 Oktober lepas, Najib memfailkan permohonan menamakan kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden pertama hingga ketiga.
Dalam permohonannya, Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden ketiga (Komisioner Jeneral Penjara) yang tidak membenarkannya mengakses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja-kerja Parlimen, perundangan dan pengundi kawasannya.
Najib juga memohon perintah untuk mengetepikan keputusan responden ketiga itu yang tidak membenarkannya menghadiri Parlimen pada tarikh persidangan yang dijadualkan.
Dalam afidavit sokongannya, Najib berkata keputusan responden pertama dan ketiga yang menolak permohonannya atas alasan keselamatan telah disampaikan kepadanya melalui Pejabat Penjara Kajang pada 28 September.
Najib juga menyatakan bahawa keengganan responden pertama dan ketiga untuk membenarkannya mengakses kepada pegawai dan pembantunya bagi tujuan perkara berkaitan Parlimen serta pengundinya dan tindakan tidak diambil oleh responden kedua adalah tindakan tidak munasabah atau tidak rasional.
Najib berkata menurut Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, beliau mempunyai kewajipan Perlembagaan untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan sebagai Ahli Parlimen dalam mewakili pengundi Pekan.
Hasimi Muhamad
Wed Oct 12 2022

Najib, yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International - Foto/fail

EPL: Saka menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan buat kali pertama bersama Arsenal
Saka menghasilkan tiga gol dan dua bantuan jaringan dalam empat penampilan sepanjang bulan Mac lalu.

AWANI Ringkas: Ahli perniagaan Malaysia di luar negara perlu bantu bina semula negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Coca-Cola, GSC meterai perjanjian konsesi baharu, lanjutkan perkongsian lebih tiga dekad
Kerjasama itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.

Pantau Kos Sara Hidup: Keperluan individu austistik ketika kos meningkat
Perbincangan mengenai usaha untuk menyokong keperluan individu autistik ketika kos semakin meningkat bersama Pakar Pediatrik dan Pengasas Bersama doktorbudak.com. Dr. Zahilah Filzah Zilkifli dan Pengasas Autism Inclusiveness Direct Action (AIDA) Group dan Project Lily, Beatrice Leong.

138 motosikal, 20 kereta 'singgah sahur' di Balai Polis Kota Setar
Intipan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar telah mengesan sekumpulan remaja bermotosikal sedang asyik berlumba.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,

Najib boleh jadi calon PRU15? "We don't treat joke" - Hamzah
Najib, yang juga penyandang kerusi Parlimen Pekan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

Status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal - Azhar Azizan Harun
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat berkata, kuat kuasa kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen hanya akan dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan dibereskan.