[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
POLITIK

'Najib, datang Parlimen.. jangan jadi ahli Facebook' - Azmin

Harits Asyraf Hasnan 10/04/2019 | 07:51 MYT
Tegas Mohamed Azmin, Najib selaku Ahli Parlimen sepatutnya berdebat di Parlimen. - Gambar fail/Astro AWANI
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbahas di dalam Parlimen dan bukan di laman sosial.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memberi reaksi selepas Najib memuat naik kenyataan di laman sosial beliau yang menyoal berkenaan kedudukan aliran kewangan dan urus tadbir Felda sebelum ini.
Tegas Mohamed Azmin, Najib selaku Ahli Parlimen sepatutnya berdebat di Parlimen.
“Biar dia datang ke Dewan Rakyat dan berdebat, saya akan jawab kepada dia.
“Jangan gunakan Facebook, dia Ahli Parlimen, kena duduk dalam Parlimen. Dia bukan ahli Facebook, bukan ahli Twitter.
“Suruh dia datang ke Parlimen petang ini, saya akan respon kepada Najib,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
#ahli Facebook #Ahli Parlimen Pekan #ahli Twitter #berbahas di dalam Parlimen #Dewan Rakyat #Menteri Hal Ehwal Ekonomi #Mohamed Azmin Ali #Najib Razak