awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib harap dapat pengampunan tanpa perlu masuk penjara - Tun M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
21/07/2022
10:57 MYT
Najib harap dapat pengampunan tanpa perlu masuk penjara - Tun M
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata hanya Yang di-Pertuan Agong boleh memberi pengampunan kepada Najib, tetapi indikasi sedia ada menunjukkan pengampunan itu sesuatu yang tidak mustahil. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak begitu cenderung untuk memasuki penjara, sebaliknya Ahli Parlimen Pekan itu berharap dapat diberikan Pengampunan tanpa menjalani hukuman itu, dakwa seterunya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata hanya Yang di-Pertuan Agong sahaja boleh memberi pengampunan kepada Najib, tetapi indikasi sedia ada menunjukkan pengampunan itu sesuatu yang tidak mustahil.
Situasi itu, kata Dr Mahathir lagi, membolehkan Najib untuk bertanding dalam pilihan raya dan kembali menjadi Perdana Menteri.
“Dengan itu rakyat Malaysia boleh terus mencium tangan dia dengan lebih bersungguh-sungguh,” kata Dr Mahathir lagi.
Beliau berkata demikian melalui penulisan terbaharunya bertajuk ‘Jailing Najib’, yang disiarkan di semua platform media sosial beliau.
Sambil mendakwa Malaysia akan terus menjadi bahan tawaan dunia, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia tidak kisah dengan perkara itu.
Beliau berkata, Najib telah berjaya menjadikan Melayu sebagai bangsa tanpa rasa malu, dan mencuri itu sesuatu yang tidak salah, tambahan pula orang yang melakukannya digelar sebagai ‘bossku'.
“Kita adalah kleptokrasi, sebuah negara pencuri yang diketuai oleh pencuri. Datang Pilihan Raya Umum ke-15, kita akan terus mengundi mereka, kerana kita mendapat sedikit daripada hasil curian mereka.
“Ramai yang berkata tiada jalan keluar untuk situasi ini. Kesemua ahli politik adalah korup. Nasib baik ini bukan keadaan yang betul. Masih ada ahli politik yang tidak korup, yang cintakan negara mereka, dan mahu Malaysia kembali menjadi Harimau Asia,” katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, mengenai hukuman penjara itu, ia akan ditentukan di peringkat Mahkamah Persekutuan.
"Jika keputusan panel hakim tidak sebulat suara, berkemungkinan besar pengampunan akan diberikan.
"Ini merupakan harapan mereka yang korup, yang percaya bahawa kerajaan yang korup akan lebih bertoleransi terhadap perbuatan korup mereka," dakwanya lagi.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#Najib Tun Razak
#Pengampunan Diraja
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan