Najib melawat Abdul Hadi di IJN

Azyyati Ahmad
Jun 29, 2014 07:10 MYT
DASAR PERSAHABATAN: Najib meluangkan masa melawat Abdul Hadi di IJN.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN).
Najib meluangkan masa selama 20 minit melawat Abdul Hadi yang membuat pemeriksaan lanjut di IJN sejak Jumaat lepas.
Sebelum ini, Abdul Hadi dimasukkanke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul minggu lepas setelah mengadu sesak nafas.
Beliau kemudian dipindahkan ke wad biasa pada Selasa selepas keadaannya beransur pulih sebelum ke IJN.
Ahli Parlimen Marang itu dinasihatkan supaya menjaga pengambilan makanan dan minuman serta berehat sepenuhnya dalam tempoh yang akan dinilai dari semasa ke semasa.
#Abdul Hadi Awang #Najib Razak