awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netizen mahu darurat kesihatan, bukan PRU-15!

Farhana Joni
Farhana Joni
24/10/2020
14:29 MYT
Netizen mahu darurat kesihatan, bukan PRU-15!
Tinjauan mendapati, netizen mahu darurat kesihatan diisytiharkan berbanding PRU-15. - Gambar fail.
KUALA LUMPUR:Semalam, negara dikejutkan dengan spekulasi kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan perintah darurat.
Spekulasi itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.
Agak memeranjatkan apabila kebanyakan netizen cenderung untuk kerajaan mengisytiharkan darurat kesihatan berbanding melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Jawapan itu diperolehi oleh pengikut Astro AWANI menerusi pungutan suara yang dikendalikan di tiga platform media sosial, YouTube, Telegram dan Twitter.
Seramai 51,398 responden telah mengambil bahagian dalam pungutan suara yang berlangsung selama 24 jam itu.
Setakat pukul 10 malam Sabtu, 74 peratus memilih darurat kesihatan diisytiharkan, sementara 26 peratus memilih supaya PRU-15 diadakan.
Menurut seorang pengguna Twitter, Nurul Atika Rosli, Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) juga tidak sepatutnya diadakan ketika ini.
Dalam keadaan sekarang, xwajar untuk PRU15.. even PRN Sarawak dan PRK Batu Sapi pun.. tapi xboleh nak main halang PRN, PRU or PRK ni tanpa ada apa2 dapatan undang2.. sebab semua dah ada dalam peruntukkan perlembagaan Malaysia.
— Nurul Atika Rosli (@NurulAtikaRosl2) October 24, 2020
Bagi Ummu Basit pula, darurat kesihatan lebih wajar diadakan demi keselamatan rakyat.
Darurat kesihatan. Rakyat nak selamat. Rakyat perlu bekerja. Rakyat dah ramai hilang pendapatan..
— Ummu Basit (@UmmuBasit) October 24, 2020
Dalam pada itu, Juhardi Noorzali minta supaya para pemimpin politik menjadikan kesan PRN Sabah sebagai teladan.
Seorang netizen di YouTube Astro AWANI mahu darurat kesihatan dilaksanakan.
Seorang netizen di YouTube Astro AWANI mahu darurat kesihatan dilaksanakan.
Menurut Rabiah Abu Seman pula, dia yakin dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam hal tersebut.
Seorang netizen di YouTube yakin dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong.
Seorang netizen di YouTube yakin dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong.
Topic Berkaitan
#darurat
#poll
#netizen
#spekulasi
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#PRU-15
#darurat kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan