Nik Abduh dilantik sebagai Senator

Sinar Harian
September 5, 2023 04:25 MYT
Pemilihan Nik Abduh (gambar) itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri Kelantan.
Cadangan pelantikan Nik Abduh itu dikemukakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan ia mendapat sokongan dari Timbalannya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah kemudian membawa cadangan itu untuk mendapat undian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
ADUN Kelantan secara mojoriti menerima cadangan tersebut.
Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
#Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz #dilantik senator #DUN Kelantan #Dewan Negara