[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
POLITICS

Nik Nazmi percaya proses demokrasi Pemilihan PKR 2025

Seth Akmal 06/05/2025 | 06:00 MYT
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bercakap kepada media selepas merasmikan kedai The Green Factory di Ampang, Selangor pada Selasa. - Foto NRES/Hazrol Zainal.
AMPANG: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad yakin dengan proses demokrasi semasa pemilihan parti itun di peringkat pusat pada 8 Mei nanti.

Ringkasan AI
  • Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan keyakinannya terhadap proses demokrasi dalam pemilihan parti pada 8 Mei, sambil mengakui peluangnya untuk mempertahankan jawatan adalah seimbang.
  • Nik Nazmi menegaskan bahawa cuti panjang Menteri Ekonomi Rafizi Ramli tidak menimbulkan sebarang isu, serta mengesahkan kehadiran Rafizi dalam mesyuarat pimpinan pusat PKR baru-baru ini.
  • Keputusan Pemilihan PKR 2025 menyaksikan beberapa nama besar tewas di peringkat cabang, termasuk Nik Nazmi yang gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa selepas dikalahkan oleh Datuk Afdlin Shauki.

Namun beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu juga berkata terdapat peluang yang sama untuk beliau mempertahankan jawatan partinya itu.
“Ini demokrasi, 50-50 lah semua, termasuk ada peluang untuk menang ataupun tidak,” katanya semasa ditemui media selepas merasmikan kedai The Green Factory di pusat membeli belah di Ampang, Selangor pada Selasa.
Nik Nazmi juga berkata akan menggunakan saluran parti dalam proses pemilihan di peringkat pusat.
“Saya ingat tiada apa nak tambah, dan apa-apa lagi saya akan ikut saluran parti,” katanya lagi.
Beliau turut ditanya mengenai saranan pemimpin pembangkang agar Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli meletakkan jawatan selaku Timbalan Presiden PKR dan anggota Kabinet kerana mengambil cuti panjang yang didakwa diambil susulan keputusan pemilihan PKR baru-baru ini.
Menurut Nik Nazmi perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan malah beliau juga mengesahkan kehadiran Rafizi semasa mesyuarat pimpinan pusat PKR pada Ahad.
“Tapi dari sudut kerja dan sebagainya tak timbul apa-apa isu, dan apa yang dia (Rafizi) buat pun ikut peraturan semasa, jadi tak perlu dibesar-besarkan dan dia pun hadir pada mesyuarat yang lepas,” katanya lagi.
Turut hadir semasa perasmian ialah Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz, Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail dan beberapa tetamu lain.
Pada Isnin, keputusan muktamad Pemilihan PKR 2025 mengesahkan beberapa nama besar tewas pada pemilihan peringkat Cabang parti baru-baru ini, selepas mereka dilaporkan mengemukakan rayuan.
Di Cabang Setiawangsa, Nik Nazmi gagal mempertahankan jawatan selaku Ketua Cabang selepas tewas kepada pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki.
#Afdlin Shauki #kabinet #Nik Nazmi #Parlimen #Parti Keadilan Rakyat #pembangkang #PKR #Rafizi Ramli #Rodziah Ismail #Ampang