POLITICS
Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden kerana Rafizi bercuti dan kosongkan pejabat
Nurul Izzah berkata, wujud kebimbangan tentang tingkah laku Rafizi yang telah mengambil cuti lebih awal, dan mengosongkan pejabat di Kementerian Ekonomi. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Kurang 24 jam daripada tempoh pemilihan Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar akhirnya mendedahkan mengapa beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti.
Dalam nukilan di laman media sosialnya, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, wujud kebimbangan tentang tingkah laku penyandang jawatan tersebut, Datuk Seri Rafizi Ramli yang telah mengambil cuti lebih awal, dan mengosongkan pejabat di Kementerian Ekonomi.
Selain itu beliau mendedahkan, kepimpinan parti turut dimaklumkan tentang penyediaan surat meletak jawatan, dipercayai oleh Rafizi sendiri.
“Tatkala saya menerima berita bahawa Rafizi telah mengambil cuti dan telah mengosongkan pejabatnya, saya ketika itu masih berada di India bagi menghadiri jemputan sebuah persidangan antarabangsa. Kepimpinan parti turut dimaklumkan mengenai sepucuk surat peletakan jawatan yang telah pun disediakan.
“Ketika itu, timbul kebimbangan bahawa beliau mungkin tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden sekali gus menambahkan keresahan tentang potensi kekosongan kepimpinan.
“Perkara ini berlaku susulan beberapa siri kekalahan di peringkat cabang yang melibatkan pimpinan yang sehaluan dengan Rafizi, serta pimpinan lain di peringkat akar umbi,” dedahnya.
Nurul Izzah berkata, susulan kemungkinan kekosongan kepimpinan itu menggusarkan ramai pihak terutamanya anggota dan pimpinan parti, timbul seruan agar beliau tampil menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden, disokong oleh 201 daripada 220 cabang parti.
Tambahnya, selepas beliau mengambil keputusan untuk menyahut seruan tersebut, barulah Rafizi mengumumkan pencalonannya untuk mempertahankan jawatan tersebut pada hari terakhir penamaan calon.
Media sebelum ini melaporkan, fokus dalam pemilihan PKR bagi penggal 2025-2027 ini terus tertumpu kepada pertembungan di antara Nurul Izzah dan Rafizi untuk merebut jawatan nombor dua parti tersebut.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi, dalam siri Jelajah Hiruknya, mendakwa berlaku kepincangan dalam menentukan pimpinan, termasuk wujudnya gerakan untuk menjatuhkan dirinya serta pemimpin yang dianggap sebahagian daripada kem beliau.
Bagaimanapun Nurul Izzah dalam siri Temu Rapat Akar Umbi, yang turut dikenali sebagai Jelajah Damai, mengambil pendirian untuk tidak bersifat begitu responsif terhadap dakwaan, termasuk pandangan yang mengaitkan beliau dengan unsur nepotisme.
Dalam pada itu Nurul Izzah berkata, beliau tidak menafikan kritikan Rafizi terhadap keputusan pemilihan mencerminkan suara banyak cabang yang menyaksikan perubahan terhadap status quo.
Namun tegasnya, setiap pemilihan parti pasti hadir dengan cabaran tersendiri, namun segala kebimbangan dan isu yang dibangkitkan oleh para calon mesti disemak dan ditangani dengan teliti.
“Walaupun audit antarabangsa telah dijalankan bagi menyiasat kebimbangan yang dibangkitkan, ianya amat penting untuk penambahbaikan terhadap proses pemilihan dilaksanakan bagi menjawab kebimbangan tersebut dan mengurangkan defisit kepercayaan yang wujud.
“Langkah-langkah tegas sebegini beserta penambaikan lanjutan penting dalam membantu mewujudkan budaya kebertanggungjawaban, ketelusan dan perpaduan, nilai-nilai yang sering ditekankan oleh kepimpinan tertinggi parti,” katanya.