Ong Kian Ming umum tidak bertanding PRU15

Astro Awani
Mei 9, 2022 00:15 MYT
Ong Kian Ming umum tidak akan menawarkan diri sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. -Gambar fail/Facebook ongkianming
AHLI Parlimen Bangi, Ong Kian Ming umum tidak akan menawarkan diri sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Kian Meng dalam satu muat naik di Twitter berkata, keputusan tersebut bukanlah diambil secara tergesa-gesa tetapi ia telah dibincangkan sejak tahun lepas.
"Saya melihatnya sebagai satu langkah untuk membuka lebih banyak pintu kepada pemimpin muda DAP.
"Butiran lanjut akan saya kongsikan dalam kenyataan media nanti," katanya pada Isnin.

I will share my full press statement on my decision not to offer myself as a candidate in GE15 later today. This was not a decision made in a hurry but was discussed since last year. I see it as a step to open up more doors for other younger leaders in @dapmalaysia to step up.

— Ong Kian Ming (@imokman) May 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kian Ming dipilih sebagai Ahli Parlimen Bangi pada Mei 2018 dan sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Serdang dari 2013 hingga 2018.
Beliau berkata beliau akan memberikan sokongan penuh kepada sesiapa yang dinamakan sebagai calon DAP untuk Bangi pada PRU15, dan terus berkhidmat di kawasan dan parti sehingga Parlimen dibubarkan.
Kian Ming, 46, gagal mempertahankan kerusinya dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pada Mac.
Kian Ming dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kerajaan Pakatan Harapan.
#Ong Kian Ming #PRU15 #umum tidak jadi calon #pemimpin muda DAP