awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pairin pertimbang bertanding PRU14

Bernama
Bernama
15/03/2018
20:54 MYT
Pairin pertimbang bertanding PRU14
Joseph mempertimbangkan cadangan bertanding jika khidmatnya kepada rakyat diperlukan. - Gambar fail
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada Khamis berkata beliau mungkin mempertimbangkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 sekiranya khidmat beliau masih untuk rakyat, terutamanya dalam kawasan Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri Tambunan, yang diwakilinya.
"Adakah kamu mahu saya bertanding lagi? Saya akan mempertimbangkannya (bertanding)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival ulang tahun ke-10 Koridor Pembangunan Sabah di sini.
Timbalan ketua menteri Sabah itu, yang mengumumkan persaraannya daripada politik menjelang akhir penggal pilihan raya, ditanya pemberita sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan khidmatnya kepada rakyat masih diperlukan.
"Sama ada saya akan bertanding atau tidak, kamu akan tahu pada hari penamaan calon. Kita akan hadapi perkara itu apabila tiba masanya," katanya.
Ditanya sama ada Barisan Nasional (BN) Sabah akan mempunyai sebuah manifesto bagi negeri ini, Pairin berkata akan ada sebuah untuk melengkapkan manifesto nasional.
"Terdapat pelbagai parti politik komponen BN yang menyumbang ke arah apa yang perlu dimasukkan ke dalam manifesto itu. Sudah tentu, akan ada sebuah di peringkat nasional dan satu lagi di peringkat negeri. Kami perlu mencakupi pembangunan di peringkat negeri dan masa depan Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#calon bertanding
#Joseph Pairin Kitingan
#Keningau
#parti politik
#PBS
#politik
#PRU14
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan