Pakatan tanpa PAS, kerajaan Selangor dipimpin parti mana? - Keng Liang

Astro Awani
September 22, 2015 08:47 MYT
KENG LIANG: Adakah kerajaan Selangor dipimpin oleh Pakatan Harapan atau ada sebarang bentuk kerjasama berasingan untuk mengekalkan kuasa di Selangor? -Gambar fail
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menggesa Parti Keadilan Rakyat dan DAP tampil menjelaskan bentuk kerjasama di dalam kerajaan negeri Selangor selepas PAS tidak lagi diterima dalam pakatan tersebut.
Gesaan itu dibuat susulan pembentukan kerjasama pembangkang yang baharu yang diberi nama Pakatan Harapan.
"Adakah kerajaan Selangor dipimpin oleh Pakatan Harapan atau ada sebarang bentuk kerjasama berasingan untuk mengekalkan kuasa di Selangor?" soal Keng Liang dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambahnya, tiga jawatan Exco negeri itu juga dipegang oleh wakil PAS.
Daripada 56 kerusi dewan undangan negeri Selangor, PAS memiliki 15 kerusi DUN, 15 kerusi dikuasai DAP dan PKR, 13 kerusi.
Sidang Meja Bulat Pembangkang yang berlangsung hari ini menyaksikan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sepakat untuk membentuk kerjasama baharu yang diberi nama Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
#Amanah #DAP #Pakatan Harapan #PAS #Pemuda Gerakan #PKR #Selangor #Tan Keng Liang