PALSU! Pakatan Harapan tidak akan mansuh UiTM

Syafik Shukri Jalil
Mei 14, 2018 09:18 MYT
Pemansuhan UiTM bukanlah sebahagian daripada manifesto yang diumumkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umu ke-14 (PRU14) yang lepas. - Sumber foto FB Lim Guan Eng
Satu berita palsu tersebar menerusi media sosial menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) bakal memansuhkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah tidak benar.
Perkara itu disahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi perkongsian di laman Facebook dan Twitternya sebentar tadi.
Mesej ringkas itu menyebut bahawa pemansuhan itu adalah sebahagian daripada manifesto PH sebagai langkah penjimatan wang rakyat.
Kenyataan sama juga menyebut bahawa pemansuhan itu akan membolehkan peruntukan yang dikhaskan untuk universiti bumiputera itu diagihkan kepada semua universiti kerajaan Pakatan Harapan.
#berita palsu #Lim Guan Eng #Malaysia Memilih #manifesto PH #mansuh uitm #Menteri Kewangan #Pakatan Harapan #PRU14