KUALA LUMPUR: Kenyataan terbuka Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, satu pandangan peribadi dan tidak membantu memperkukuhkan wibawa UMNO.
Demikian tegas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jelasnya, Nur Jazlan sepatutnya menggunakan wadah parti yang lebih berhemah, daripada membuat kenyataan secara terbuka.
"Kenyataan terbuka Datuk Nur Jazlan yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai PM dari UMNO yang paling lemah merupakan pandangan peribadi yang tidak membantu dan memperkukuh wibawa parti.
"Mengukur kekuatan dan kewibawaan seorang Perdana Menteri tidak wajar diasaskan kepada satu tindakan semata-mata. Banyak perkara dan nilaian lain yang perlu diambil kira.
"Sudah tentu ada sebab yang munasabah di sebalik tindakan untuk mengambil masa menerima atau menolak seorang pemimpin daripada barisan Jemaah Menteri," jelasnya.
Tambah Reezal lagi, beliau dan Nur Jazlan merupakan kenalan lama dalam parti sepertimana Ismail Sabri.
Justeru ujarnya, kaedah yang digunakan untuk menegur pemimpin perlu lebih penuh santun, malah UMNO katanya berasaskan prinsip 'persahabatan' dalam parti.
"Latar belakang dan realiti keutuhan politik yang ada cukup berbeza daripada barisan Perdana Menteri yang ada sebelum ini. Pemimpin utama UMNO sendiri sebut - keanggotaan Jemaah Menteri ini prerogatif Perdana Menteri.
"Saya percaya Nur Jazlan cukup kenal kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri dalam UMNO. Mereka pernah berada dalam barisan kepimpinan Pemuda UMNO yang sama. Hubungan persahabatan ini sudah berakar lama.
"Dalam kerangka persahabatan ini, pastinya ada kaedah dan cara untuk kita menegur pimpinan dengan lebih hemah dan penuh santun. Kekuatan UMNO selama ini pun berasaskan prinsip persahabatan yang erat sesama kita," tegasnya lagi.
Mengulas lanjut kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, amanah sebagai Perdana Menteri adalah tanggungjawab dan mandat yang disokong penuh oleh parti.
Justeru, seeloknya kata Ahli Parlimen Kepala Batas itu lagi, sebarang ketidakpuasan hati dan kekecewaan boleh disuarakan dengan nada yang mengekalkan hormat dan santun kepada pemimpin.
"Amanah sebagai Perdana Menteri ini merupakan tanggungjawab dan mandat yang disokong penuh oleh parti.
"Seeloknya, andai ada ketidakpuasan hati dan kekecewaan, ia disuarakan dalam wadah parti, disuarakan dalam nada yang mengekalkan hormat dan santun kepada pimpinan.
"Malah beliau telahpun dinamakan sebagai 'poster boy' UMNO untuk PRU15. Hakikatnya, pengukuhan parti amat penting ketika ini dalam kita hendak menghadapi PRU15 tidak lama lagi," ujar Reezal lagi.
Reezal kini berada di Katowice, Poland mengetuai delegasi Malaysia ke World Urban Forum 2022 yang berlangsung dari 26 hingga 30 Jun ini.
Fareez Azman
Fri Jun 24 2022

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pandangan Nur Jazlan terhadap Perdana Menteri itu tidak memperkukuhkan parti UMNO terutama menjelang PRU15 - Bernama
10 Berita Pilihan - (25 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Patung iblis' Chucky kena cekup
Pihak berkuasa di Mexico menahan patung Chucky yang digunakan pemiliknya untuk menakut-nakutkan orang ramai.
AWANI Ringkas: Syabu dan ekstasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Beijing dakwa AS cuba tindas syarikat China dengan serangan siber
China yang mendakwa Amerika Syarikat (AS) berulang kali cuba menindas syarikat teknologi tinggi China melalui serangan siber, menyifatkan "tingkah laku itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Agenda AWANI: Inovathon: Cerita ekonomi dan inovasi
Apa cabaran membudayakan inovasi dan bagaimana mengubah masyarakat daripada jadi pengguna kepada pencipta? Ekonomi berasaskan inovasi, apa aspek pengkomersialan yang perlu diberi keutamaan?
Ada kemungkinan beras tempatan dan import dicampur oleh pengilang - MPM
Pengerusi Kluster Sekuriti Makanan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Syed Zikiri Syed Hassan Shahabudin berkata ada kemungkinan besar beras Super Special Tempatan dan beras import dicampur oleh pengilang sebelum dipasarkan kepada pengguna. Jelasnya, kesimpulan itu dibuat memandangkan kualiti dua jenis beras itu hampir sama dan pengilang menanggung kerugian akibat kenaikan harga lantai beras baru-baru ini.
Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan - CFOS
Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berkata Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan bagi memastikan intervensi boleh dilaksanakan lebih awal sebelum tahap kritikal. Jelasnya, kelemahan indikator keterjaminan makanan nasional ini telah menyebabkan masalah yang sama berulang berkali-kali.

PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.

STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting dalam pembangunan negara sekali gus membantu memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju.

EU sekat penjualan mikroplastik
Suruhanjaya Eropah sekat penjualan mikroplastik dan produk yang secara sengaja mengeluarkan mikroplastik semasa digunakan, menurut kenyataan suruhanjaya itu pada Isnin.

DNAA Zahid: Pelik bila Parlimen campuri urusan kehakiman - Nur Jazlan
Tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mahu memanggil Peguam Negara dan bekas Peguam Negara mengenai kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai luar biasa.

Ahmad Zahid yakin PH-BN menang mudah PRK Parlimen Pulai
Ia susulan hubungan baik antara penyandang kerusi berkenaan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan ahli UMNO di kawasan itu.

Jangan jadikan Ahmad Zahid 'kambing hitam' - Nur Jazlan
UMNO dinasihatkan supaya tidak mudah menyalahkan seorang individu sahaja susulan prestasi buruk parti itu dalam PRN lepas.

Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara
Berdasarkan pengalaman sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan rasa mampu untuk menjalankan tugas ini.

Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19
Nur Jazlan pula dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara selepas keputusan dibuat melalui proses pengundian bersurat.

Wan Junaidi, Nur Jazlan dan Mujahid angkat sumpah ahli Dewan Negara
Wan Junaidi dan Nur Jazlan mendapat lantikan Yang di-Pertuan Agong manakala Mujahid adalah pilihan DUN Perak pada 25 Mei lepas.

'Lebih baik Nur Jazlan fikir kenapa kalah PRU' - Razman
Nur Jazlan seharusnya lebih mengutamakan kepada penilaian beliau yang kalah di kerusi Parlimen Pulai selama dua penggal berturut-turut.

PAU2022: 'Tiada perbincangan usul dua jawatan tertinggi dipertandingkan' - Nur Jazlan
UMNO Johor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan berhubung jawatan tertinggi dalam parti wajar dipertandingkan sebagaimana usul dibawa perwakilan negeri ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022.

Siapa nak diangkat sebagai Presiden UMNO yang baharu? - Nur Jazlan
Nur Jazlan mempersoalkan adakah ahli-ahli UMNO mahu menyerahkan kepimpinan parti kepada individu yang disifatkan telah gagal sebagai Perdana Menteri.

PRU15: Pulai antara kerusi tumpuan, apa nilai tambah calon tawar pada pengundi?
Kerusi Parlimen Pulai antara yang bakal menjadi tumpuan dengan adanya dua calon 'heavyweight' termasuk seorang muka baru yang tampil dengan aspirasi berbeza untuk memancing undi.