Pantau Kerajaan Baharu: Kaji selidik mega 100 hari Kerajaan Perpaduan

Astro Awani
Februari 8, 2023 10:51 MYT
Kaji selidik secara dalam talian digerakkan secara bersama oleh Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew, The Star dan Malaysia Nanban dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Research. - Foto Astro AWANI
MENJELANG 100 hari Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima media arus perdana negara bergabung bagi melaksanakan kaji selidik mega bermula hari ini.
Kaji selidik secara dalam talian digerakkan secara bersama oleh Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew, The Star dan Malaysia Nanban dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Research.
Orang ramai boleh menyertai kaji selidik melalui pautan ini.
Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November tahun lalu setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sebelum ini, kaji selidik mega pernah digerakkan lima media perdana negara bersama firma penyelidikan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan membawa mesej jelas iaitu mengumpulkan hasrat dan suara rakyat Malaysia.
#Kerjaan Perpaduan #Anwar Ibrahim #kaji selidik mega #Pilihan Raya Umum ke-15